Uniknya Cinta (TV3)

Uniknya Cinta

Saksikan telefilem sempena Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) berjudul Uniknya Cinta. Dibintangi oleh Hazama, Azar Azmi, Zoey Rahman, Ruhainies, Fauzi Nawawi dan ramai lagi. Telefilem romantik komedi arahan Shuhaimi Lua ini akan ditayangkan menerusi slot Cerekarama di TV3 pada 3 Februari depan, jam 10 malam.

JUDUL : UNIKNYA CINTA
WAKTU SIARAN : Sabtu, 3 Februari 2018, 10.00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Lynnda Sharudin
IDEA ASAL : Erwan Hanipah
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Hazama, Azar Azmi, Zoey Rahman, Munna Bella, Ruhainies, Fauzi Nawawi, Catriona Ross, Ridzuan Hashim, Zek Zamri, Faez Nick, Amad Zainal, Hadi Nawawi, Haszriq Syakirin, Shazzy Edora, Danish Hazriz

SINOPSIS UNIKNYA CINTA
Mmengisahkan pasangan kekasih yang berbeza latar belakang iaitu Hazama anak seorang bekas penjenayah sementara Azar Azmi pula memainkan watak sebagai Amelina iaitu anak kepada seorang pegawai polis.

Hazama dan Amelina merupakan pelajar di sebuah universiti dan titik percintaan di antara dua individu tersebut bermula apabila mereka mengikuti minggu orientasi. Sebelum ini, kedua-duanya tidak bertegur sapa malah saling bersaing di antara satu sama lain, sehinggalah berlaku satu kisah yang sekali gus membibitkan rasa cinta. Amalina  tidak mengetahui yang Erman merupakan anak kepada ketua gangster terkenal.


Uniknya Cinta