Drama Kisah Yang Hilang (TV3)

Kisah Yang Hilang

Nantikan drama Kisah Yang Hilang yang akan mengisi slot Seramedi TV3. Membariskan pelakon seperti Izzue Islam, Eyka Farhana, Epy Kodiang, Aizat Hassan, dan Wan Gegau. Drama terbitan MIG Productions Sdn Bhd dibawah arahan Mohd Azaromi Ghozali. Drama Kisah Yang Hilang mula bersiaran 26 Disember ini, setiap hari Isnin hingga Rabu pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : KISAH YANG HILANG
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 Disember 2017
WAKTU SIARAN : Isnin–Rabu, 10.00 malam
SIARAN TV : Slot Seramedi TV3
SKRIP : Panel Skrip MIG
PENGARAH : Mohd Azaromi Ghozali
TERBITAN : MIG Production Sdn Bhd
PELAKON : Izzue Islam, Eyka Farhana, Epy Kodiang, Aizat Hassan, Wan Gegau, Fathil Dani, Elanie, Adam Shah, Tengku Fiella, Amai Kamarudin, Bella, Fify Azmi

WATAK PELAKON 
Izzue Islam sebagai Fattah Aqil
Eyka Farhana sebagai Suri Bakawali
Epy Kodiang sebagai Sabri
Wan Gegau sebagai Asmat
Aizat Hassan sebagai Johan

SINOPSIS KISAH YANG HILANG
Kisah Fatah Aqil (Izzue Islam), seorang penulis novel romantik dan aksi yang terkenal di Malaysia sehinggakan karyanya juga diangkat untuk menjadi filem oleh penerbit-penerbit terkenal di Malaysia. Pada suatu hari, setelah menghadiri majlis pratonton filem seram timbul keinginannya untuk menulis novel bergenre seram. Namun, apabila Aqil mula ketandusan idea, Aqil bersama rakan baiknya Baihaqi, mengembara ke sebuah kampung yang bernama Kampung Sungai Ajal. Di situ, Aqil meminta izin daripada Tok Penghulu untuk mengumpulkan kisah-kisah seram yang tidak pernah diceritakan oleh sesiapa lagi. Di kampung itu, Aqil berkenalan dengan Sabri, Asmat dan Johan yang kemudiannya menjadi sahabat baiknya. Selain mereka, Aqil turut berkenalan dengan seorang gadis cantik manis, Suri Bakawali. Melalui bantuan mereka, Aqil mula mengumpul cerita-cerita seram yang diingininya. Namun, ketika Aqil mahu mula menaip kisah-kisah seramnya, computer riba yang dibawanya rosak dan Suri menggantikannya dengan sebuah mesin taip lama milik datuknya. Tanpa disedari Aqil, setiap kisah seram yang ditaipnya menjadi kenyataan. Pada awalnya, Aqil tidak menyedari hal ini namun lama-kelamaan dia seperti dapat mengesan sesuatu yang aneh tentang kampung tersebut. Aqil mula menyiasat sendiri dan pelbagai peristiwa berlaku pada dirinya sehinggalah dia menemui kebenaran bahawa kampung tersebut.

GAMBAR PELAKON 
Kisah Yang Hilang

Pelakon Kisah Yang Hilang
Pelakon drama Kisah Yang Hilang