Drama Vila Ghazara (TV3)

Vila Ghazara

Nantikan drama bersiri Vila Ghazara terbitan produksi Excellent Pictures Sdn Bhd. Membariskan pelakon seperti Syukri Yahaya, Azira Shafinaz, Mustapha Kamal, Haleeda Mazlin, Aidil Aziz, Hafeez Mikail dan ramai lagi. Drama 40 episod ini diarahkan oleh Feroz Kader. Akan mula bersiaran mulai 17 September ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di Slot Akasia TV3. 

JUDUL : VILA GHAZARA 
JUMLAH EPISOD : 40 episod
TARIKH TAYANGAN : 17 September 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENGARAH : Feroz Kader
PENULIS SKRIP : Wira Hijau & Amy Aimi
TERBITAN : Excellent Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Azira Shafinaz, Mustapha Kamal, Haleeda Mazlin, Elly Mazlein, Aidil Aziz, Tunku Hanis, Syed Aiman, Hafeez Mikail, Amirul Faqeem, Rafasya, Riena Diana, Cik Maggis, Qaralyana, Meor Mohd Afif, Zaryn Min, Sophia Liana, Hamizul Hafeez, Zuraini Kassim, Qazem Nor, Meor Mohd Afif, Zaidi Mat Zin, Nor Balqis, Hafiz Bahari, Yan Ibrahim, Elya Miera, Manan Howliau

WATAK PELAKON 
Shukri Yahaya sebagai Hariz
Azira Shafinaz sebagai Ariana
Mustapha Kamal sebagai Dr Ghaz (Ghazaly Baqri)
Haleeda sebagai Zaharah (Zara)
Syed Aiman sebaga Zarul
Aidil Aziz sebagai Adrian
Hafeez Mikail sebagai Dazrin
Amirul Faqeem sebagai Azrel
Elly Mazlein sebagai Maria
Tunku Hanis sebagai Sofea
Puteri Rafasya sebagai Alia
Riena Diana sebagai Anggerik
Qaralyana sebagai Ellie
Cik Maggis sebagai Mastura
Sophia Liana sebagai Hanie
Hamizul Hafeez sebagai Rahmat

LAGU TEMA / OST
Tenung - Ebba
Hanya Dunia : Adam Malik
Kalimat Kita - Parasit
Bila Nanti - Elica

SINOPSIS VILA GHAZARA 
Vila Ghazara teratak yang diberi nama hasil gabungan nama pemiliknya iaitu, Dr. Ghazaly Baqri (Ghaz), seorang doktor kosmetik yang juga ahli lembaga pengarah sebuah hospital swasta terkenal bersama isterinya iaitu Zaharah (Zara). Siapa sangka Vila Ghazara yang terlihat indah di luarannya, para penghuninya tidak sebahagia yang disangka.

Kejayaan Dr. Ghaz sebagai seorang doktor kosmetik yang tersohor dan ahli perniagaan berjaya membuatkan dia sering mengongkong dalam menentukan arah tuju lima puteranya iaitu Zarul (Syed Aiman), Adrian (Aidil Aziz), Hariz (Shukri Yahaya), Dazrin (Hafeez Mikail) dan Azrel (Amirul Faqeem). Walau terlihat hebat dengan keluarga sempurna di mata ramai, selama lima tahun lamanya, Dr. Ghaz menyimpan rahsia bahawa sebenarnya dia mempunyai seorang isteri lain bernama Maria (Elly Mazlein).

Kerana sikapnya yang mahukan kesempurnaan, dia mengatur kehidupan anak-anaknya tanpa memikirkan kemahuan atau minat tersendiri anak-anaknya. Tidak mahu hidupnya terus diatur, Hariz bertindak untuk meninggalkan Vila Ghazara. Apabila Hariz mengingkari arahannya, Dr. Ghaz terus menidakkan hak Hariz sebagai zuriatnya. Membawa diri selama 15 tahun, Hariz akhirnya pulang juga ke Villa Ghazara namun kepulangannya tetap tidak mengubah pandangan Dr. Ghaz terhadapnya. Bagi Dr. Ghaz, Hariz pulang tanpa sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan berbanding anak-anaknya yang lain

Seperti mana dia pernah merancang kehidupan anak-anaknya dulu, Dr Ghaz kini mula menyusun perancangan untuk cucu tunggalnya iaitu Alia yang kini tinggal bersama mereka setelah anaknya, Adrian yang juga seorang juruterbang, diberhentikan kerja. Sejak dibuang kerja, Adrian dan isterinya, Sofea (Tunku Hanis) sering bertengkar dan mengabaikan Alia.

Dr. Ghaz kemudiannya mengupah Ariana (Azira Shafinaz) graduan bidang perguruan yang terdesak mencari pekerjaan untuk menjadi guru tuisyen dan mengajar Alia di rumah. Rupa-rupanya, Ariana dan Hariz saling mengenali. Hariz membenci Ariana kerana Ariana pernah menyebabkan Hariz terlepas penerbangannya ke London suatu ketika dahulu. Kerana itu juga, sepanjang Arianna berada di Villa Ghazara, mereka sering berselisih faham.

Apakah kesudahan konflik keluarga dalam Vila Ghazara ini? Adakah Dr. Ghaz akhirnya akan menerima dan berbangga dengan Hariz? Mungkinkah rasa benci di antara Ariana dan Hariz akan membibitkan rasa cinta?

GAMBAR PELAKON
Villa Ghazara