Drama My Coffee Prince (Astro Ria)

My Coffee Prince

Nantikan adaptasi drama popular Korea Selatan bertajuk 'Coffee Prince'. Bakal menampilkan gandingan utama Fattah Amin dan Janna Nick. Turut membintangi Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Daiyan Trisha,  Elly Suriati dan ramai lagi. Drama bersiri versi Malaysia ini diarahkan oleh Michael Ang. Akan mula ditayangkan pada 27 November 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

JUDUL : MY COFFEE PRINCE
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 27 November 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
SKRIP : Fairul Nizam Ablah / Amar Amir
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Sean Lee, Zain Hamid, Syafiq Ahmad, Ellie Suriaty, Isma Daniel, Mohamad Faez Azemi, Sharifah Shahirah, Jasmin Hamid, Ejoy Azari, Roy Azman

WATAK PELAKON 
Fattah Amin sebagai Raikal
Janna Nick sebagai Dani
Daiyan Trisha sebagai Ira
Sean Lee sebagai Jia Wu
Syafiq Ahmad sebagai Hadi
Faez Azemi sebagai Riduan
Fahrin Ahmad sebagai Amri
Diana Danielle sebagai Maryam
Ellie Suriaty sebagai Kalthom
Sharifah Shahira sebagai Zahara
Jasmin Hamid sebagai Khadijah
Zain Hamid sebagai Syukri
Ejoy Azari sebagai Ramli
Roy Azman sebagai Abas 

LAGU TEMA / OST MY COFFEE PRINCE 
Tajuk : Akan Bercinta
Penyanyi : Janna Nick

SINOPSIS MY COFFEE PRINCE 
Menceritakan kisah Dani, seorang gadis yang sering disalah anggap sebagai lelaki. Dani bekerja keras untuk menampung kehidupan bersama ibunya, Zahara dan adiknya, Ira.

Manakala Raikal yang baru pulang dari New York dipaksa kahwin oleh neneknya, Kalthom. Raikal yang cuba mengelak dari kahwin mengupah Dani untuk memperdayakan semua calon pilihan neneknya.

Sementara itu, Puan Seri Kalthom melabur dalam kedai kopi Encik Syukri dan menjadikan Raikal pengurus bersama. Raikal, yang tidak mengetahui Dani sebenarnya seorang gadis, menawarkan pekerjaan kepadanya di kafe yang hanya dikhususkan untuk pekerja lelaki. Dani yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarganya menerima tawaran tersebut.

Sejak Dani mula bekerja di kafe itu, Rayqal secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada Dani. Perasaan ini menyebabkan Rayqal mula meragui seksualiti dirinya kerana di matanya, Dani adalah seorang lelaki. Sementara itu, Dani juga telah mula menyukai Rayqal, namun tidak mahu mendedahkan bahawa dirinya ialah seorang gadis kerana beliau takut kehilangan pekerjaan.

Identiti sebenar Dani akhirnya terdedah dan akibat daripada penyamaran Dani itu, hubungannya dengan Rayqal terjejas. Bagaimanapun, Rayqal cuba untuk memahami situasi yang memaksa Dani berkelakuan sedemikian dan akhirnya memaafkan Dani. Hubungan mereka tidak bertahan lama apabila Kalthom telah menyebabkan mereka kembali berjauhan.

GAMBAR PELAKON 
My Coffee Prince

Pelakon My Coffee Prince
Pelakon drama My Coffee Prince