Drama Doa Yang Terlindung (TV3)

Doa Yang Terlindung

Nantikan drama bersiri 'Doa Yang Terlindung' akan disiarkan menerusi slot Akasia TV3 bermula 7 Januari 2026, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam. Drama terbitan Creative Skill Solution ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Dibintangi oleh Fasha Sandha, Sharifah Rose, Nafiz Muaz dan Firdaus Karim. Penonton juga boleh menonton episod baharu di iQIYI Malaysia, 1 jam selepas siaran di TV3.

Doa Yang Terlindung

Episod: 28
Tarikh Tayangan: 7 Januari 2026
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Idora Abdul Rahman
Produksi: Creative Skill Solution

Watak Pelakon 
Firdaus Karim sebagai Ustaz Irfan
Fasha Sandha sebagai Rabiyatul
Sharifah Rose sebagai Anisah
Nafiz Muaz sebagai Aiman
Ahmad Syafiq sebagai Shakir
Sharifah Husna sebagai Dr. Aisha
Natasya Mahyan sebagai Baiti
Mior Hashim Manap sebagai Tuan Haji Mohsin
Sharifah Shahora sebagai Faridah
Yaya Maembong sebagai Sari
Ridauddin Shafir sebagai Amri 
Rohaya Maya sebagai Nek Pak 
Zulaika Hafizar sebagai  Eza
Stella Ardini sebagai Laila
Tika Nasir sebagai Rita
Intan Baidura Ishak sebagai Cik Tam
Nurhayati Tahir sebagai Sara Aizat 
Daiyan Yussof sebagai Haikal

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Beribu Tanda Tanya
Penyanyi: Syamel
Lagu & Lirik: Edry Abdul Halim
Susunan Muzik: Reza Ramsey

Tajuk: Doa Yang Terlindung
Penyanyi: Ewal
Komposer & Lirik: Ihsan Neff

Sinopsis Doa Yang Terlindung

Ustaz Irfan (Firdaus Karim), pendakwah terkenal dan ikon agama di media sosial, dihormati sebagai tenaga pengajar utama di Baitul Khadijah dan menjadi pujaan ramai pelajar wanita. Di sebalik imej sempurna itu, ketenangannya mula tergugat apabila Anisah (Sharifah Rose), seorang pelajar baru yang berani dan berbeza daripada yang lain, tiba di Baitul Khadijah untuk menyambung pelajaran mengikut kehendak ibu bapanya, walaupun cita-citanya mahu menjadi perunding fesyen Muslimah. Kehadirannya mencetuskan perhatian, teguran dan konflik yang tak dijangka di institusi itu.

Anisah berdepan dengan cabaran bukan sahaja daripada peraturan ketat Ustaz Irfan dan pengawasan para senior, tetapi juga dari pandangan mereka yang terlalu menyanjung imej ustaz dan institusi. Dalam dunia yang lebih mementingkan rupa daripada kebenaran, dia terpaksa mencari ruangnya sendiri, sambil menghadapi fitnah dan cemuhan. Namun persahabatannya dengan Aiman (Nafiz Muaz), tenaga pengajar baharu yang menyokong dan memahami dirinya, mula memberi sedikit harapan di tengah kekeliruan itu.

Di tengah kekalutan dan perselisihan ini, setiap langkah Anisah dan Aiman mendedahkan rahsia lama dan menguji keimanan, prinsip, serta keberanian mereka. Sementara Rabiyatul (Fasha Sandha) dan Tuan Haji Mohsin (Meor Hashim) mula menyedari masalah sebenar di sebalik institusi yang dihormati, tapi adakah kebenaran akan terbongkar atau terus tersembunyi?

Doa Yang Terlindung