Telefilem Licin (TV1)

Licin TV1

Saksikan telefilem komedi romantik bertajuk Licin lakonan Dazrin Kamaruddin, Nazeera Sardi, Mubarak Majid, Ridzuan Hashim, dan ramai lagi. Disiarkan hari Ahad ini, pukul 10.05 pagi di TV1. Bagi anda yang ketinggalan sila menontonnya di portal myklik.rtm.gov.my 

JUDUL : LICIN
TARIKH / MASA : Ahad, 16 Julai 2017, 10.05 pagi
SIARAN : Slot Panggung Ahad ( TV1 | RTM )
SKRIP : Zabidi Mohamed
PENGARAH : Ashraf Dato' Jurey 
TERBITAN : 1960 Fox Studio 
PELAKON : Dazrin Kamarudin, Nazeera Sardi, Mubarak Majid, Ridzuan Hashim, Mona Allen, Aizad Rosli, Rosli Rahman Adam, Nor Azifah, Fetty Dzul, Midr Fareez, Alif, Khairul Izwan, Papa Chiko

SINOPSIS LICIN 
Mengisahkan Joe dan Julia yang bekerja dalam sebuah syarikat sama. Masing-masing terpikat dengan Julia pekerja baru di pejabat mereka. Alias merupakan ketua mereka dan telah menggunakan kuasa boss-nya untuk memikat Julia. Pada awalnya Julia menunnjukan minat terhadap Alias. Namun apabila dapat tahu Alias ada teman wanita yang lain, Julia mula belajar menerima cinta Joe. Saingan dari bosnya, Alias membuat Joe mula tidak senang duduk lalu terus meminang Julia. Tetapi bapa Julia, Pak Hamdan meletakkan syarat jika Joe mahu memperisterikan Julia.

Situasi itu memberikan tekanan yang besar kepada Joe kerana dia seorang yang bangga dengan rambut panjangnya dan menganggap rambutnya sebahagian identiti beliau. Syarat bapa Julia meletakkan Joe dalam keadaan serba salah. Mampukah Joe memenuhi syarat Pak Hamdan demi cintanya kepada Julia?

Pelakon Licin TV1
Pelakon telemovie Licin TV1
Sama seperti Joe, bapa Joe juga bangga dengan rambutnya dan sering mengejek Hamdan tentang kepala botak. Berlaku pelbagai insiden bila masing-masing menunjukkan ego sendiri. Satu hari Hamdan yang suka main karom mencabar bapa Joe untuk main karom dan orang yang kalah wajib membotakkan kepalanya. Dalam pertandingan tersebut bapa Joe kalah dan terpaksa membotakkan kepalanya.