Sinopsis Filem Abang Long Fadil 2

Abang Long Fadil 2

Sekuel kedua filem Abang Long Fadil akan mula ditayangkan di pawagam pada 24 Ogos ini. Selain Zizan Razak sebagai watak utama, filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof ini turut dibintangi Syamsul Yusof, Tania Hudson, Dato AC Mizal, Wak Doyok, Achey Bocey, Shuib Sepahtu dan ramai lagi. 

TAJUK : ABANG LONG FADIL 2
Tarikh Tayangan : 24 Ogos 2017
Genre : Aksi / Komedi
Pengarah : Syafiq Yusof
Terbitan : Skop Productions & Astro Shaw
Pelakon : Zizan Razak, Syamsul Yusof, Dato AC Mizal, Wak Doyok, Achey Bocey, Shuib Sepahtu, Tania Hudson, A. Galak, Mas Khan, Delima Watie, Hafiz Bahari

SINOPSIS ABANG LONG FADIL 2
Mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil yang mendapati dirinya terjerumus ke dunia mafia yang didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Namun masalah mula timbul apabila Fadil telah disalah anggap oleh Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib sebagai pembunuh upahan yang dikenali sebagai Tiger. 

Abang Long Fadil 2017

Masalah makin bertambah teruk apabila ia turut melibatkan seorang wartawan TVKL bernama Yana yang membuat liputan kes-kes pembunuhan yang dilakukan oleh Tiger. Kini Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh. Sasaran pertama Fadil ialah King Kong, seorang yang gila kuasa dan musuh ketat kepada Taji Samprit.

Pelbagai aksi dan situasi komedi berlaku dalam perjalanan hidup Fadil sebagai seorang pembunuh upahan. Hanya satu cara untuk membersihkan nama Fadil, iaitu mencari identiti sebenar Tiger bagi membetulkan keadaan dan membuktikan Fadil tidak bersalah.

Pelakon Abang Long Fadil 2

Berjayakah Fadil menempuh dugaan yang berlaku pada dirinya? Siapakah Tiger yang sebenar dan apakah misteri yang tersembunyi selama ini?


LAGU TEMA / OST 
Tajuk : Senorita 
Artis : Aiman Bakar feat Azmeel Safuan Hamid & Danish Iskandar