Sekali Kulafazkan Cinta (TV2)

Sekali Kulafazkan Cinta

Jangan lupa saksikan telefilem Sekali Ku Lafazkan Cinta diterajui oleh Arja Lee dan Sari Yanti. Akan ditayangkan di slot Citra di TV2 pada 14 Februari ini, Selasa pukul 10.00 malam. Bagi yang tidak sempat untuk menonton di TV, boleh menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my)

JUDUL : SEKALI KU LAFAZKAN CINTA
TARIKH / MASA : Selasa, 14 Februari 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
SKRIP : Mazelan Manan & Siti Hawa Ibrahim
PENGARAH : Haris Kadir
TERBITAN : MRT Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Arja Lee, Sari Yanti, Lia Natalia, Hafeez Mikail, Leeza Zain, Mak Wan, Khairil Anwar Aman, Ghazali, Dzariff, Barra Shah Mirza

SINOPSIS SEKALI KULAFAZKAN CINTA
Mengisahkan Hakimi berkahwin dengan Nurlisa setelah bersetuju dengan desakan ibu bapa masing-masing yang risau mengenai jodoh anak mereka setelah usia semakin meningkat. Mereka bercinta selepas berkahwin dan bahagia dikurniakan seorang anak lelaki bernama Aqil.

Satu hari berlaku kejadian yang tidak terduga bila Nurlisa jatuh akibat diragut ketika bertemu Alia dan beliau koma untuk tempoh yang panjang. Hakimi berkorban menjaga Nurlisa di hospital dan mengambil cuti tanpa gaji.

Alia merasa bersalah dan sering melawat Nurlisa serta menjaga Aqil. Hakimi menolak cadangan ibu serta mertuanya untuk menjodohkannya dengan Alia.

Setelah 6 bulan, Nurlisa sedar daripada koma dan diberitahu tentang pengorbanan dan kesetiaan suaminya. Beliau meminta Hakimi mengahwini Alia sebelum beliau meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan.

Hakimi tetap setia dengan cintanya sehingga ke tua namun mengahwinkan anaknya Aqil dengan anak Alia sebagai ganti permintaan arwah isterinya Nurlisa.

GAMBAR PELAKON
Pelakon Sekali Kulafazkan Cinta
Hakimi dan Nurlisa
Sekali Ku Lafazkan Cinta
barisan pelakon