Malam Ku Bermimpi (TV1)

Malam Ku Bermimpi TV1

Telefilem Tribute P.Ramlee diteruskan dengan karya Megat Fauzi Isa berjudul Malam Ku Bermimpi gandingan mantap Siti Saleha dan Zahiril Adzim. Telefilem arahan Melisa Saila itu bersiaran hari Sabtu ini jam 9 malam di TV1.

JUDUL : MALAM KU BERMIMPI
TARIKH / MASA : Sabtu, 29 Oktober 2016, 9 malam
SIARAN : Slot Tribute P Ramlee TV1 (RTM)
SKRIP : Megat Fauzi Isa
PENGARAH : Melisa Saila
TERBITAN : Kus Semangat Aktor Sdn Bhd
PELAKON : Siti Saleha, Zahiril Adzim, Omar Abdullah, Dian P.Ramlee, Imuda, Azizah Mahzan, Pak Jabit, Fauzuly Hamdan, Mak Engku, Thor Kha Hoong, Syed Zalihafe

SINOPSIS MALAM KU BERMIMPI
Kisah Zaitun seorang gadis yang paling cantik dan cerdik di kampung menjadi kegilaan ramai sama ada yang muda atau tua. Zaiton yang berlakon disihir berkelakuan seperti kucing, burung dan gergasi untuk melihat siapakah gerangan jejaka yang masih menginginkannya untuk dijadikan isteri. Semua lamaran yang ingin memperisterikan Zaitun telah ditolak. Semuanya kerana Zaitun sudah tertambah dengan Karem, seorang pemuda yang telah dipulaukan oleh orang kampung kerana dia dikatakan berasal daripada keturunan serigala jadian.

GAMBAR PELAKON
Pelakon Malam Ku Bermimpi
Pelakon telemvoie Malam Ku Bermimpi
Pelakon Malam Ku Bermimpi TV1
tribute P.Ramlee