Mahaguru Spontan 2016

Mahaguru Spontan

Mahaguru Spontan bakal dipentaskan di Istana Budaya. Mahaguru Spontan merupakan sebuah persembahan permainan komedi improvisasi lanjutan daripada program-program seumpamanya iaitu Spontan, Super Spontan, Liga Lawak Superstar, dan Actorlympics. Program ini akan mempersembahkan pelawak-pelawak berbakat Malaysia sebagai pemain permainan improvisasi secara spontan dan idea persembahan peserta di atas pentas pula akan ditentukan oleh penonton yang hadir. Dibintangi oleh mahaguru Johan, Zizan, Dato’ AC Mizal, Abam, Achey, Fad, Douglas Lim, Rashid Salleh, Kuah Jenhan dan di Hoskan oleh Afdlin Shauki. Turut membawakan penampilan Dato’ Siti Nurhaliza. Ia bakal berlangsung pada 22 serta 23 Oktober, jam 3 petang dan 8 malam. Tiket berharga RM38, RM88, RM108, RM128, RM138 dan RM188 boleh dibeli menerusi www.redtixairasia.com

Program : Mahaguru Spontan
Tempat : Panggung Sari, Istana Budaya
Jenis : Komedi
Tarikh : Sabtu 22 oktober dan Ahad 23 oktober
Masa : 3 petang dan 8 Malam
Penganjur : Comedy Planet & Vision Works
Harga Tiket : RM38 hingga RM188
Tiket Online : www.redtixairasia.com

Sebuah persembahan nyanyian pembukaan akan disusuli dengan permainan improvisasi secara berturut-turut, diyakini bakal menjadi sebuah persembahan komedi yang paling lawak di Malaysia.Berbeza dari program seumpamanya, penglibatan penonton dalam persembahan seperti pengolahan situasi dan bermain dalam beberapa permainan bakal menggamatkan lagi suasana.
- Tiada persembahan Dato' Siti Nurhaliza pada jam 3.00petang 22 October 2016.
- Tiada persembahan Douglas Lim pada jam 8.00malam 22 October 2016.
- Tiada persembahan Abam Bocey pada 23 October 2016.

KONSEP PERMAINAN

PERMAIN : Permainan yang akan dimainkan terdiri daripada permainan-permainan yang terdapat di dalam rancangan Spontan, Super Spontan, Actorlympics dan Liga Lawak Superstar.

‘HULUBALANG SPONTAN’ : Penonton boleh mencadangkan situasi berdasarkan penerangan dari host dan menulis situasi tersebut untuk dikumpulkan oleh ‘Hulubalang Spontan’ yang membawa balang-balang mereka untuk diserahkan kepada pengacara.

PERMAINAN IMPROVISASI : Kesemua permainan improvisasi yang dimainkan adalah berdasarkan situasi dan cadangan yang telah penonton tuliskan dan letakkan ke dalam balang di awal persembahan itu tadi.

PEMILIHAN PEMAIN : Host akan memilih pemain untuk bermain. Namun, host juga boleh membuka ruang kepada penonton untuk mencadangkan pemain.

PERMAINAN FIZIKAL : Untuk persembahan penutupan, pengacara akan membawa penonton ke sesi fizikal di mana kesemua selebriti akan bermain permainan yang menguji ketahanan mental dan fizikal mereka.

PERSEMBAHAN PENUTUP : Setelah berakhirnya permainan fizikal, selebriti akan mendendangkan lagu yang bermotifkan perpisahan dengan lirik-lirik yang berisikan pesanan penaja atau pesanan khidmat masyarakat (PSA); contohnya: PETA, kempen kesedaran penyakit kanser, dan lain-lain.