Karlisa (Cerekarama TV3)

Karlisa TV3

Telefilem Karlisa bakal menemui penonton di slot Cerekarama TV3. Membariskan pelakon seperti Ruhainies, Qistina Raishah, Watie Sadali Fizz Fairuz dan ramai lagi. Kisah mengenai seorang adik yang ingin dirinya disayangi oleh kakak kandungnya. Telefilem Karlisa merupakan hasil arahan Dato Ahmad Tarmimi Siregar di bawah terbitan Jutaan Ringgit Sdn. Bhd. Akan bersiran pada hari Sabtu ini, 9 April 2016 jam 9.00 malam di saluran TV3.

JUDUL : KARLISA
TARIKH / MASA : Sabtu, 9 April 2016. 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Zakinah AB Zarith
PENGARAH : Dato Ahmad Tarmimi Serigar
TERBITAN : Jutaan Ringgit Sdn. Bhd.
PELAKON : Ruhainies, Qistina Raishah, Watie Sadali, Rasheed Ahmad, Fizz Fairuz, Nafiez Zaidi

LAGU TEMA / OST KARLISA 
Shahir - Cerita Kita
Dbaginda - Tak Seindah Malam Kelmarin

SINOPSIS KARLISA TV3
Karmila (Ruhainies) dan Karlisa (Nur Qistina Raisah) adalah anak-anak kepada Puan Farah dan Tuan Bahrin. Sewaktu Karmila mengetahui dia akan mendapat adik, dia merasa sungguh gembira dan tidak sabar menunggu kelahiran adiknya itu.

Karmila menamakan adik perempuanya itu dengan nama Karlisa. Namun selepas beberapa minggu, Karmila mula berubah apabila merasakan segala perhatian terhadapnya dahulu kini tercurah hanya kepada adiknya itu. Karmila mula rasa tersisih dan tidak dimanjakan oleh ibu bapanya. Karmila mula membenci adiknya kerana baginya kehadiran Karlisa telah merampas kasih sayang ayah dan ibunya.

Menginjak dewasa, Karmila tetap membenci adiknya itu. Karlisa, atau lebih mesra dipanggil adik membesar menjadi seorang kanak-kanak yang bijak. Adik tetap tersenyum dan bersabar setiap kali dimarahi oleh kakaknya.

Seringkali dimarahi Karmila, adik akan semakin mendekati Karmila sehinggalah pada suatu hari, Karmila menjadi berang dan menolak adik sehingga mengalami kecederaan hanya kerana adik masuk ke biliknya. Selepas kejadian itu, adik mengelakkan dirinya daripada mendekati Karmila. Adik banyak menghabiskan masa di dalam bilik sambil melukis potret kakaknya beserta kata-kata yang ingin disampaikan pada Karmila.

Suatu hari, Puan Farah meminta Karmila untuk mengambil adik pulang dari sekolah kerana dia mempunyai urusan penting. Karmila memberi pelbagai alasan untuk mengelak dari mengambil adik tetapi akhirnya dia akur.

Tetapi kerana kealpaan Karmila, dia terlupa dan terlewat untuk menjemput adik. Sebaik tiba di sekolah, Karmila panik apabila mendapati adik tiada walaupun puas dicarinya. Apakah yang terjadi kepada adik dan adakah masih ada ruang buat adik untuk mendapat sedikit tempat di hati kakaknya itu?

Pelakon Karlisa TV3
Pelakon telemovie Karlisa TV3