Drama Dawai Asmara (TV9)

Dawai Asmara TV9

Saksikan drama terbaru di slot Azalea berjudul Dawai Asmara. Sebuah drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd arahan Azma Aizal Yusoof dan Aidilfitri Mohamed Yunos. Dibintangi oleh Hanna Aqeela, Putri Najuwa, Emelie Hanif, Zoey Rahman, Faiez Affandi dan ramai lagi. Mula bersiaran pada 9 Mac 2016, pada setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 8.30 malam di TV9.

JUDUL : DAWAI ASMARA
EPISOD : -
TARIKH TAYANGAN : 9 Mac 2016
HARI / MASA : Selasa-Khamis, 8.30 malam
SIARAN : Slot Azalea TV9
PENGARAH : Azma Aizal Yusoof / Aidilfitri Mohamed Yunos
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
PELAKON : Hanna Aqeela, Putri Najuwa, Emelie Hanif, Zoey Rahman, Faiez Affandi, Wanny Mustahfah , Sherie Merlis, Mahmud Alibashah, Zalfa Zin, Kamal Ibrahim, Amanda Hariz, Alesha Hariz, Kamal Ibrahim, Fathimah Az Zahra, Elya Miera Ismail

WATAK PELAKON
Hanna Aqeela sebagai Maya
Tengku Putri Najuwa sebagai Tasha 
Emelie Hanif sebagai Shiera
Zoey Rahman sebagai Fareez
Wanny Mustahfah sebagai Nabihah
Kamal Ibrahim as ayah adam
Amanda Hariz sebagai Natasya
Alesha Hariz sebagai Amira 

LAGU TEMA / OST DAWAI ASMARA
Lagu : Sesaat Cuma
Artis : Toi

SINOPSIS DAWAI ASMARA
Hashim memberikan Natasya seutas rantai leher dan sebentuk cincin emas sempena hari jadi Natasya yang ke 3 tahun. Namun Rosmah tidak menyenangi kerana Hashim dianggap terlampau berbelanja mewah untuk anaknya. Buah rantai berbentuk love, begitu juga cincinnya yang diukir sama sepadan, menjadi tanda kasih Hashim yang tidak berbelah bahagi kepada anaknya. Walaupun Rosmah juga menyayangi Natasya, tapi dia tidak mahu mengukur kasih sayangnya dengan material. Hashim tidak pedulikan rungutan Rosmah kerana dia mahu buat apa sahaja untuk kehidupan anak tunggalnya. Dalam kejadian lain, Ziana pula dihalau oleh ibu bapanya dari rumah mereka selepas melahirkan seoang anak luar nikah. Tiga tahun berlalu, Shahir yang pernah berjanji akan bertanggungjawab, tidak pernah muncul untuk mengakui Amira sebagai anak mereka. Tidak sanggup lagi menerima cemuhan orang kampung, ibu bapa Ziana mahu Ziana membawa anaknya pergi jauh dari kampung. 

GAMBAR PELAKON

Dawai Asmara TV3
Pelakon utama 
Drama Dawai Asmara
Barisan pelakon drama Dawai Asmara
Pelakon Dawai Asmara
Antara pelakon lain
Dawai Asmara Azalea TV3
gambar pelakon
DawaiAsmara
Maya dan Fareez

Dawai Asmara