
Saksikan telefilem khas Hari Kanak-Kanak Sedunia berjudul 'Geng 'Star' Kampung' akan disiarkan pada Sabtu, 21 November 2026 pukul 9 malam di TV1 dan RTMKlik.
Geng 'Star' Kampung
Waktu Siaran: Sabtu, 21 November 2026, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Mazlina Shahar
Pengarah: Mohamed Nor Bujang
Produksi: Citra Ummah Network Sdn Bhd
Pelakon: Dzul Hadziq, Adam Darwisyah, Jayden Wong, Shahz Jaszle, Yuna Rahim, Wan Chai, Oky Danial, Razak Ahmad
Sinopsis Geng Star Kampung
Wafiy yang menghabiskan cuti sekolah di kampung datuk dan neneknya, lalu berkawan dengan Jai dan Lim. Dengan bantuan dron miliknya, mereka berjaya mengesan barang-barang yang hilang akibat kejadian kecurian di kampung. Kejayaan itu mendorong mereka menawarkan perkhidmatan mencari barang hilang kepada penduduk kampung.