
Pertandingan nyanyian Gegar Vaganza Musim Ke-13 (GV13) atau dikenali Gegar Vaganza Fantasia bakal menghimpunkan bekas juara dan peserta Akademi Fantasia (AF) dari musim terdahulu untuk kembali berentap di satu pentas.
Antara sembilan bekas juara Akademi Fantasia yang telah diumumkan ialah Vince Chong (AF1), Zahid Baharuddin (AF2), Mawi (AF3), Faizal Ramly (AF4), Mila Jirin (AF5), Shahir Zamawi (AF8), Faizul Sany (AF2013) dan Firman Bansir (AF2014).
Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Dato’ Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Gegar Vaganza Fantasia dijadualkan mula bersiaran pada 8 November 2026, setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria (saluran 104). Dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan dan Sherry
Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.