Tabik Tuan (TV2)

Tabik Tuan

Saksikan telefilem Tabik Tuan arahan Sham Jr. akan disiarkan pada 9 September ini, Rabu pukul 9 malam di TV2 dan RTMKlik.

Tabik Tuan

Waktu Siaran: Rabu, 9 September 2026, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Idea Asal: Azal Ezreen
Penulis Skrip: Azal Ezreen & Azilah Wahab
Pengarah: Sham Jr.
Produksi: Two Tones Sdn Bhd
Pelakon: Reyza Ratengi, Sahronizam Noor, Fiza Halim, Halim Radzi, Muaz Fitri, Pablo Amirul

Sinopsis Tabik Tuan

Hanif, anak kepada seorang anggota polis bernama Koperal Firdaus, kerap merasakan ayahnya mengabaikan dia dan ibunya demi tugas hinggakan Hanif tergamak meminta ayahnya berhenti menjadi polis. Kemuncaknya berlaku apabila ibunya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, manakala pada masa yang sama ayahnya ditahan kerana disyaki membunuh seorang penjenayah sebelum dilepaskan. Semenjak itu, hubungan antara Hanif dan ayahnya menjadi dingin kerana Hanif menyalahkan ayahnya atas apa yang berlaku.