
Saksikan telefilem Zuriat Dari Langit akan disiarkan pada Rabu, 19 Ogos ini jam 9 malam di TV2 dan RTMKlik.
Zuriat Dari Langit
Waktu Siaran: Rabu, 19 Ogos 2026, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: K. Adlie
Pengarah: Pali Yahya
Produksi: PTV Media
Pelakon: Ezzaty Abdullah, Nafiz Muaz, Duerra Mitilda, Mimi Ernida, Meor Mohd
Sinopsis Zuriat Dari Langit
Karina melahirkan seorang bayi perempuan berstatus tidak sah taraf. Dia membuang anaknya di sebuah lorong dan dijumpai dan dijaga oleh sepasang suami isteri, Ita dan Dali yang merupakan penagih dadah. Bayi tersebut diberi nama Kiki dan mereka menjaga Kiki dengan penuh kasih sayang. Setelah berumur 12 tahun, Karina terjumpa Kiki dan dia berhasrat untuk menjaganya kerana perkahwinannya dengan Aman masih belum dikurniakan cahaya mata. Pada mulanya Kiki gembira dapat tinggal bersama ibu kandungnya, namun berlaku satu kejadian hitam dan Kiki mula mendapat tekanan mental.