
Telefilem istimewa Maulidur Rasul bertajuk 'Demi Seorang Ibu' dilakonkan oleh Aida Aris, Muaz Zabir dan Wafariena Roslan ditayangkan di Unifi TV. Muat turun aplikasi Unifi TV di App Store atau Google Play.
Demi Seorang Ibu
Waktu Siaran: Selasa, 25 Ogos 2026, 11:30 pagi
Rangkaian: Salam HD saluran 113 Unifi TV
Pengarah: Along Kamaludin
Produksi: A. Aida Production Sdn Bhd
Pelakon: Muaz Zabir, Wafariena Roslan, Aida Aris, Rusdi Ramli, Mejelyna
Sinopsis Demi Seorang Ibu
Selepas pulih daripada strok, Anisah menyangka perkahwinan keduanya bakal membawa kebahagiaan. Namun di sebalik rumah tangga yang kelihatan sempurna, dia sebenarnya menyembunyikan penderitaan daripada anak kesayangannya, Hakimi. Sehinggalah satu rakaman membongkar segala-galanya. Mampukah Hakimi menyelamatkan ibunya sebelum terlambat?