
Saksikan filem seram psikologi 'Keramat Gunung Jerai' arahan sulung Luqman Hafidz disiarkan secara eksklusif di platform Tonton bermula 8 Julai 2026.
Keramat Gunung Jerai
Tarikh Tayangan: 8 Julai 2026
Platform Penstriman: Tonton
Pengarah: Luqman Hafidz
Produksi: Lumatic Films
Watak Pelakon
Niezam Zaidi sebagai Hakim
Christina Suzanne sebagai Najiha
Sara Ali sebagai Mek La
ledil Dzuhrie Alaudin sebagai Junaidi
Akmal Asyraf sebagai Wan
Kis Aisha sebagai Laila
Sinopsis Keramat Gunung Jerai
Tiga sahabat karib, Hakim (Niezam Zaidi), Junaidi (Iedil Dzuhrie Alaudin) dan Wan (Akmal Asyraf), nekad mendaki Gunung Jerai untuk melakukan sebuah ritual terlarang. Mereka tertarik dengan kewujudan sebuah batu misteri yang dipercayai mampu memakbulkan apa sahaja keinginan manusia.
Sejak malam itu, kehidupan mereka berubah sepenuhnya. Kejayaan hadir tanpa diduga, seolah-olah ada kuasa ghaib yang sentiasa memenuhi setiap impian mereka. Namun, segala kemewahan dan kesenangan itu datang bersama harga yang amat mahal.
Sedikit demi sedikit, gangguan misteri mula menghantui kehidupan mereka dan keadaan menjadi semakin gelap dari hari ke hari. Dalam masa yang sama, Wan pula menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita. Bertahun-tahun kemudian, tragedi baharu pula menimpa apabila anak perempuan Hakim yang masih kecil, Laila (Kis Aisha), diserang penyakit aneh yang langsung tidak mampu dijelaskan oleh logik.
Dalam keadaan terdesak serta dihimpit rasa bersalah, Hakim mengambil keputusan untuk kembali ke Gunung Jerai bersama Junaidi dengan harapan dapat membetulkan kesilapan yang pernah mereka lakukan. Namun, semakin jauh mereka menyelami misteri tersebut, semakin banyak rahsia gelap mula terbongkar.
Pencarian mereka akhirnya membawa kepada pendedahan yang melibatkan orang-orang terdekat, termasuk Najiha (Cristina Suzanne) dan Mek La (Sara Ali). Pada masa yang sama, serpihan demi serpihan kisah silam yang selama ini terkubur mula muncul semula, membuatkan mereka sedar bahawa mereka kini sedang berdepan dengan satu kuasa mistik yang jauh lebih dahsyat daripada apa yang pernah dibayangkan.
Mampukah Hakim menyelamatkan nyawa anaknya serta merungkai sumpahan yang menghantui mereka selama ini? Atau adakah segala pilihan yang dibuat pada masa lalu sememangnya ditakdirkan tidak lagi mampu diubah?