
Saksikan telefilem 'Antara Dua Dunia' lakonan Raja Atiq dan Daniella Sya akan disiarkan pada Rabu, 8 Julai ini jam 9 malam di TV2 dan RTMKlik.
Antara Dua Dunia
Waktu Siaran: Rabu, 8 Julai 2026, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Fadzli Kz & Amelia Nasser
Pengarah: Amelia Nasser
Produksi: PBfilms Sdn Bhd
Pelakon: Raja Atiq, Daniella Sya, Erul Samah, Azrul Zaidi, Alya Amani, Fadzli Kz
Sinopsis Antara Dua Dunia
Ketika Syafiq melanjutkan pengajiannya di Korea, dia berkenalan dengan gadis Korea bernama Ji Yoon. Mereka mula jatuh hati antara satu sama lain. Syafiq bercadang membawa Ji Yoon ke Malaysia dan mengajarnya budaya hidup dan agama Islam. Tidak lama selepas itu, Ji Yoon mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Syafiq.