
Nantikan filem aksi berjudul 'The Furious: Pertaruhan Maruah' akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 28 Mei 2026. Filem ini diarahkan oleh Heng Aik Siong, diterbitkan oleh ACT 2 Pictures bersama GSC Movies, Astro Shaw dan Sunstrong Entertainment. Dibintangi oleh Zul Ariffin, Sky Iskandar, Marisa Yasmin dan Zamarul Hisham.
The Furious: Pertaruhan Maruah
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 28 Mei 2026
Lakon Layar: Heng Aik Siong, Siti Jasmina Ibrahim, Adrian Teh, Ashraf Modee Zain
Pengarah: Heng Aik Siong
Produksi: Act 2 Pictures Sdn Bhd
Watak Pelakon
Zul Ariffin sebagai Firdaus
Sky Iskandar sebagai Hakim
Ikmal Amry sebagai Danial
Marisa Yasmin sebagai Mastura
Zamarul Hisham sebagai Emmet
Sandra Lim sebagai Lydia
Zarul Umbrella sebagai Bront
Sinopsis The Furious: Pertaruhan Maruah
Selepas penghinaan secara terbuka oleh YouTuber Danial mencemarkan nama arwah ayah mereka, dua adik-beradik yang telah lama berpisah, Firdaus dan Hakim, terpaksa bersatu semula. Ketika luka lama kembali menghantui, seorang mencari penebusan manakala seorang lagi dibelenggu dendam, membawa kepada pertembungan sengit yang bakal menentukan nasib legasi The Furious.
