
Saksikan telefilem Mr Philophobia akan disiarkan pada Rabu, 18 Februari ini pukul 9:30 malam di TV Okey dan RTMKIik.
Mr Philophobia
Waktu Siaran: Rabu, 18 Februari 2026, 9:30 malam
Rangkaian: TV Okey / RTMKlik
Penulis Skrip: Puovin & Tommy Loh
Pengarah: Along Kamaludin
Produksi: Berjaya Film Production
Watak Pelakon
Aniq Durar sebagai Rykal
Nina Smith sebagai Crystal
Aleza Shadan sebagai Ibu Aina
Daler Yusof sebagai Hakimi
Zahreen Harris sebagai Johan
Sera Melissa sebagai Lana
Sinopsis Mr Philophobia
Rykal mencetuskan kontroversi apabila meninggalkan majlis perkahwinannya di saat akhir kerana mengaku menghidap philophobia. Tindakannya menjadi viral dan menjadikan dia instafamous. Namun segalanya berubah apabila dia bertemu Crystal — wanita yang kononnya mampu meredakan ketakutannya, tetapi sebenarnya menyimpan agenda tersembunyi. Sebuah kisah tentang ketakutan, populariti, dan keikhlasan cinta yang diuji.