Kerana Cinta Itu Dusta

Kerana Cinta Itu Dusta

Saksikan drama Kerana Cinta Itu Dusta, bermula 25 Februari 2026, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Jazmy Juma, Emma Maembong, Azira Shafinaz dan Nazrief Nazri.

Kerana Cinta Itu Dusta

Episod: 30
Tarikh Tayangan: 25 Februari 2026
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Rehal Nuharis, Kotak Cerita
Pengarah: Nur Ain Sharif
Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Watak Pelakon
Jazmy Juma sebagai Sufian
Emma Maembong sebagai Orked
Azira Shafinaz sebagai Seri
Nazrief Nazri sebagai Mikael
Raja Azmi sebagai Mak Lela
Adrea Abdullah sebagai Zaleha
Riz Amin sebagai Arman
Shania Hendrik sebagai Lisa
Ayu Azlina sebagai Puan Anira
Ayden Jasreen sebagai Saif
Dahlya Nurdelisya sebagai Putri
Aida Rain sebagai Syakira
Mejelyna sebagai Ain

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Idlya
Penyanyi: Misha Omar
Komposer: Melly Goeslow
Lirik: Melly Goeslow

Sinopsis Kerana Cinta Itu Dusta

Mengisahkan Orked (Emma Maembong) dan Sufian (Jazmy Juma), pasangan suami isteri yang bermula dari bawah membina perniagaan dari rumah sebelum mencipta nama sebagai pempengaruh berjaya. Kejayaan mereka banyak digerakkan oleh kebijaksanaan Orked dalam dunia bisnes, manakala Sufian setia menyokong di belakang tabir. Namun, apabila Orked semakin menyerlah dan berpengaruh, Sufian mula tenggelam dalam bayang-bayang isterinya sendiri.

Rasa tersisih dan ego yang tercalar mula mengheret Sufian ke arah keputusan-keputusan yang semakin meretakkan kepercayaan dalam rumah tangganya. Kehadiran Seri (Azira Shafinaz), sahabat rapat Orked, secara perlahan-lahan mengubah dinamik yang selama ini dianggap selamat dan utuh. Lebih menyayat hati, Seri bukan sekadar kawan biasa, malah insan yang pernah diselamatkan Orked daripada perkahwinan toksik dan diberi ruang untuk membina semula hidupnya.

Batas yang semakin kabur dan rahsia yang tersimpan mula menguji nilai setia serta kepercayaan, hingga hubungan yang dibina atas dasar saling melindungi perlahan-lahan goyah. Apabila kebenaran kian menghampiri, bukan sahaja perkahwinan terancam, malah persahabatan turut retak, memaksa Orked memilih antara mempertahankan maruah diri atau terus berdiam demi ketenangan yang rapuh. Mampukah hubungan ini diselamatkan, atau segalanya bakal musnah tanpa jalan kembali?