
Saksikan filem Mak #SalamDariSyurga mengangkat tema kasih sayang suci seorang anak terhadap ibunya yang diuji dengan konflik gelap dunia jenayah bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 22 Januari 2025.
Mak #SalamDariSyurga
Tarikh Tayangan: 22 Januari 2026
Penulis Skrip: Azal Ezreen & Panel Skrip AA Success Pictures
Pengarah: Haji Hafiz Nafiah
Produksi: AA Success Pictures Sdn Bhd & Awal Muzik
Watak Pelakon
Datuk Fauziah Nawi sebagai Nor
Azman Ahmad sebagai Aman
Izzy Reef sebagai Daniel
Megat Sharizal sebagai Edy
Firdaus Ghufran
Dina Allysha
Iman Darwisy
Ruzaidi Abd Rahman
Sinopsis Mak #SalamDariSyurga
Mengisahkan Aman, seorang pemuda kampung di Kedah, yang hidup sederhana bersama ibunya, Nor, dan adik angkatnya, Daniel. Kehidupan mereka yang serba kekurangan memaksa Aman untuk mencuba nasib dalam dunia perniagaan kecil-kecilan, namun malangnya Aman terperangkap dalam sebuah sindiket pemerdagangan manusia yang diketuai oleh Edy, eorang individu licik yang berselindung di sebalik perniagaan jual beli ikan secara borong.
Dilema Aman menjadi semakin rumit apabila dia mengetahui bahawa salah seorang mangsa sindiket tersebut ialah Fara, seorang remaja yatim piatu yang juga merupakan penduduk kampungnya. Konflik dalaman antara tanggungjawab, ketakutan dan rasa bersalah menghantui Aman, lebih-lebih lagi selepas satu serbuan polis di kawasan hutan berhampiran sempadan negara menyebabkan dia menjadi buruan pihak berkuasa. Dalam pelariannya, Aman tanpa sedar membawa barang yang menjadi sasaran Edy, lalu mencetuskan kemarahan ketua sindiket itu.
Bagi Aman, membersihkan namanya adalah satu keutamaan, terutamanya di hadapan ibunya. Namun, keinginan itu tidak disertai dengan jalan mudah untuk menyerah diri.
