Nantikan drama bersiri 'Khianat Yang Terpilih' akan mengisi slot Akasia TV3 bermula 26 Februari 2026, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.58 petang. Drama 30 episod terbitan Mache All Star United diarahkan oleh Ejump Mohd. Menampilkan gandingan pelakon utama iaitu Ben Amir, Amyra Rosli, Puteri Aishah dan Ikmal Amry. Drama ini juga boleh ditonton secara eksklusif di iQIYI, 1 jam selepas siaran di TV3, sama ada melalui laman web iQIYI atau aplikasi di Google Play dan App Store.
Khianat Yang Terpilih
Episod: 30
Tarikh Tayangan: 26 Februari 2026
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 6.58 petang
Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Nieza Nahar
Pengarah: Ejump Mohd
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd
Watak Pelakon
Ben Amir sebagai Ali
Puteri Aishah sebagai Asmida
Amyra Rosli sebagai Waheeda
Ikmal Amry sebagai Fahim
Falisha Naira sebagai Afeeya
Syefik seabgai Badri
Ryn Shahira sebagai Nadia
Balkisyh Semundur Khan
Amzar Airil sebagai Wazi
Ameerul Asyraf sebagai Izhar
Bieha Aris sebagai Fara
Zulkifli Ismail
Ainina Ahmad
Draman Muhamad sebagai Haji Zane
Fadilah Mansor sebagai Hajah June
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Khianati
Penyanyi: Iman Troye
Komposer & Lirik: Amir Firdaus & Ezra Kong
Tajuk: Sayang Orang Sama
Penyanyi: Adira Suhaimi
Sinopsis Khianat Yang Terpilih
Cinta pertama Ali (Ben Amir) dan Asmida (Puteri Aishah) yang terputus sejak zaman universiti kembali bertaut secara tidak sengaja selepas masing-masing membina kehidupan sendiri. Ali kini berkahwin dengan Waheeda (Amyra Rosli) dan mempunyai seorang anak istimewa, Afeeya (Falisha Naira), manakala Asmida hidup dalam perkahwinan tanpa cinta bersama Fahim (Ikmal Amry).
Pertemuan semula mereka bermula apabila Ali mengambil alih peranan menjaga Afeeya dan mendaftarkannya di sekolah tempat Asmida mengajar.
Hubungan yang bermula dengan simpati dan nostalgia perlahan-lahan berubah menjadi hubungan terlarang, walaupun kedua-duanya masih berstatus suami isteri. Kebenaran akhirnya terbongkar, menghancurkan kepercayaan Waheeda dan melukakan Fahim yang selama ini setia mencintai Asmida. Konflik memuncak apabila kedua-dua perkahwinan runtuh, dan Asmida berdepan kehilangan besar yang mengubah hala hidupnya.

