
Nantikan drama adaptasi novel Andai Itu Takdirnya 2 karya Siti Rosmizah akan disiarkan pada 9 Februari 2026 di MegaDrama Astro Ria. Drama terbitan SR One Sdn Bhd ini diarahkan oleh Feroz Kader. Dibintangi oleh Shukri Yahya, Hannah Delisha, Puteri Sarah Liyana, Idzham Ismail, Nadia Brian, Fahrin Ahmad dan ramai lagi.
Andai Itu Takdirnya 2
Episod: 40
Tarikh Tayangan: 9 Februari 2026
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro GO / sooka
Penulis Skrip: Siti Rosmizah
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: SR One Sdn Bhd
Watak Pelakon
Shukri Yahya sebagai Syed Adam Aizril
Hannah Delisha sebagai Aleya
Nadia Brian sebagai Sharifah Azreen
Puteri Sarah Liyana sebagai Umairah
Idzham Ismail sebagai Ikram
Fahrin Ahmad sebagai Lukman Hakim
Faye Kusairi sebagai Juwita
Aida Khalida sebagai Puan Sri Sharifah Aishah
Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Syed Abbas
Hariz Hamdan sebagai Azhar
Fadhil Dani sebagai Encik Idris
Laila Nasir sebagai Sharifah Rosnah
Safura Yaacob sebagai Puan Ramlah
Esma Daniel sebagai Syed Rahim
Rasya Dean sebagai Suraya
Zaryn Min sebagai Hamidah
Faye Kusairi sebagai Juwita
Sera Melissa sebagai Adila
Johan Asa'ari sebagai Ustaz Asri
Kael Noah sebagai Darwin
Qisya Hairulzain sebagai Dania
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Cinta Embunan Pagi
Penyanyi: Azlan Mazwan Sapuan
Komposer & Lirik : Adnan Abu Hassan & Noraini Md Jamil
Tajuk: Aminkan Saja
Penyanyi: Ikhmal Nour
Komposer: Aiman Sidek
Lirik: Aiman Sidek & Faizal Abidin
Sinopsis Andai Itu Takdirnya 2
Aleya nekad untuk meninggalkan Aizril kerana sudah tawar hati, namun takdir menemukan mereka semula apabila Aleya terlibat dalam kemalangan yang melumpuhkan tangan kanannya. Keikhlasan Aizril menjaga Aleya sepanjang tempoh pemulihan membibitkan semula rasa cinta di hati wanita itu.
Namun, kebahagiaan mereka diuji apabila syarikat Syed Abbas berdepan krisis kewangan. Demi menyelamatkan syarikat bapanya, Aizril tersepit apabila Sharifah Azreen menawarkan diri untuk menjadi isteri keduanya. Aizril merayu agar Aleya menerima poligami, namun Aleya tetap dengan pendiriannya dan memilih jalan penceraian.
