
Diangkat daripada kisah hidup yang sebenar, filem tempatan Ninavau menceritakan detik perjalanan seorang individu mencari makna kehidupan disebalik cabaran ikatan kekeluargaan dan perbezaan kepercayaan agama. Filem arahan Bebbra Mailin ini sudah mula ditayangkan di pawagam bermula 4 Disember 2025.
Ninavau
Genre: Drama / Family
Tarikh Tayangan: 4 Disember 2025
Skrip: Bebbra Mailin & Muzzamer Rahman
Pengarah: Bebbra Mailin
Produksi: Kristal Azmir Sdn Bhd & Le Mediator Studio
Watak Pelakon
Jovenea Jim sebagai Ninavau
Edward Sinsong sebagai Edward
Eliana Tati sebagai Elvira
Ronn Langad
Ixora Roselle
Larry Noh
Fatimah Abu Bakar
Hasnul Rahmat
Sinopsis Ninavau
Ninavau, wanita Kadazan yang menetap di Semenanjung Malaysia, pulang ke kampung halamannya di Sabah untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya. Keluarganya yang berpegang teguh kepada tradisi dan komuniti mereka, menganggap Ninavau sebagai kebanggaan mereka. Bagaimanapun, Ninavau pulang dengan sebuah rahsia dan perubahan yang disimpan erat.