
Saksikan drama bersiri 'Gadis Kopi' terbitan Lestari Kiara Sdn Bhd bakal bersiaran di RTM TV2 bermula 22 Disember 2025, setiap hari Isnin dan Selasa pukul 8 malam.
Gadis Kopi
Episod: -
Tarikh Tayangan: 22 Disember 2025
Waktu Siaran: Isnin & Selasa, 8:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Pengarah: Marlin Malalin
Produksi: Lestari Kiara Sdn Bhd
Watak Pelakon
Evanatie Sannie sebagai Ain
Halim Radzi sebagai Bakri
Nizam Badri sebagai Simon
Aidil Aziz
Jo Johari
Dayang Areeda
Awang Karim Kadir
Duncan Tubong
Larry Noh D'Kanju
Mohd Nur Makbul Troy
Haslina Oli
LP Raphiel Pinus
Devey Grayc
Rosnan Damit
Shirley Anthony Danggok
Esther Clement Tubong
Olga Verena Alexsius
Sinopsis Gadis Kopi
Ain kemalangan bersama bapanya Saidin ketika dalam perjalanan menghantar bekalan Kopi Wong di Kota Kinabalu. Ain selamat tapi Saidin dan pemandu van, Marius mati. Sejak tragedi itu, Tauke Wong mengambil Ain sebagai anak angkat. Wong membesarkan Ain seperti anaknya sendiri. Diberi pendidikan agama dan akademik. Ain disayangi oleh keluarga Wong.