Drama Setiaku Berdiri

Setiaku Berdiri

Nantikan drama bersiri 'Setiaku Berdiri' naskhah terbaharu terbitan Radius One diarahkan oleh Rashid Sibir bakal menemui penonton di Astro Prima. Dibintangi oleh Wanna Ali, Nazrief Nazri, Sweet Qismina, Aidit Noh dan ramai lagi. Saksikan Setiaku Berdiri bermula 15 Disember ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima atau strim di Astro GO dan sooka.

Setiaku Berdiri

Episod: 40
Tarikh Tayangan: 15 Disember 2025
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 6.00 petang
Rangkaian: Astro Prima / Astro GO / sooka
Idea Asal: Shahrulezad Mohameddin
Pengarah: Rashid Sibir
Produksi: Radius One Sdn Bhd

Watak Pelakon
Wanna Ali sebagai Zulaikha
Nazrief Nazri sebagai Kamal
Sweet Qismina sebagai Marissa
Aidit Noh sebagai Farid
Syamim Freida sebagai Mimi
Khatijah Tan sebagai Habsah
Ali Reza sebagai Zarif 
Kuza sebagai Mak Wok
Azhar Amir sebagai Dato Harun
Ezaidi Aziz sebagai Hassan
Rasya Dean sebagai Dina
Ezuriani Hashim sebagai Mak Melah

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Toksik
Penyanyi: Khai Bahar & Yulia Kamelia 
Komposer: Farouk Roman
Lirik: Adrianna Cinta 

Tajuk: Ku Tunggu 
Penyanyi: Rian Shain
Komposer: Farouk Roman
Lirik: Adrianna Cinta 

Sinopsis Setiaku Berdiri

Mengisahkan perjalanan seorang wanita yang terperangkap antara cinta, pengkhianatan dan kebenaran.

Zulaikha tekad ke bandar untuk mencari waris keluarga 'arwah' suaminya untuk menuntut sah taraf kewarganegaraan anaknya, Mikael. Namun, secara tak sengaja Zulaikha bekerja dalam rumah bekas ibu mertuanya.

Drama Setiaku Berdiri lakonan Wanna Ali, Nazrief Nazri dan Sweet Qismina