Telefilem Gagana (TV1)

Gagana

Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan sebuah telefilem berjudul “Gagana” yang menyorot perjuangan memartabatkan seni pembuatan wau sobek tradisional Terengganu. Telefilem ini bakal menemui penonton pada 15 November 2025, jam 9.00 malam, menerusi slot Panggung RTM di TV1 serta platform digital RTMKlik.

Gagana

Waktu Siaran: Sabtu, 15 November 2025, 9.00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Kent Tan
Pengarah: Rahila Ali
Produksi: Pujangga Kreatif

Barisan Pelakon
Pushpa Narayan
Sulaiman Yasin (Mat Over)
Zalif Sidek
P. Jegan
Harshini Kathireval
S. Pravin
Mithrrah Muthu
N. Sakthi
Ayie Shahir

Sinopsis Gagana

Mengisahkan Gagana, seorang wanita berbangsa India yang kurang upaya (OKU) pulang ke kampung halamannya di Terengganu bersama dua anaknya, Arjun dan Divya, selepas dihalau oleh suaminya, Sanjay. Namun kepulangannya mengundang kejutan apabila rumah pusaka milik keluarganya kini didiami oleh Pok Mad, rakan baik arwah ayahnya, Sivarasa.

Pok Mad yang pernah menjaga Sivarasa hingga ke akhir hayatnya, menetapkan satu syarat kepada Gagana sekiranya dia ingin menuntut kembali rumah tersebut, dia mesti belajar membuat wau sobek, seni halus yang menjadi warisan turun-temurun di negeri itu.

Dengan berat hati, Gagana menerima syarat tersebut dan mula berguru dengan Pok Mad. Namun di sebalik pelajaran yang diterimanya, tersembunyi satu rahsia besar berkaitan permintaan terakhir arwah ayahnya.

Apakah rahsia yang disimpan oleh Pok Mad? Dan mampukah Gagana memeluk semula akar warisan yang hampir dilupakan itu?