
Nantikan drama Puteri Kelas Atas akan datang di platform penstriman Viu bermula 23 September 2025. Drama ini diterbitkan oleh Independent Pictures dibawah arahan Tam Suhaimi. Menampilkan pelakon seperti Emma Sofea, Azri Safix, Jay Iskandar, Razin Qidran dan Mokhtar Mohsin.
Puteri Kelas Atas
Episod: 12
Tarikh Tayangan: 23 September 2025
Platform Penstriman: Viu
Idea Asal: Aina Izzah
Penulis Skrip: Nur Bulan, Hadi M. Nor, Aina Izzah
Pengarah: Tam Suhaimi
Produksi: Independent Pictures
Watak Pelakon
Emma Sofea sebagai Amelia
Azri Safix sebagai Zaid
Jay Iskandar sebagai Iqbal
Razin Qidran sebagai Tunku Rafeeq
Mokhtar Mohsin sebagai Akid
Hana Tiha sebagai Iffah
Erin CTJ sebagai Dinie
Shah Kimin sebagai Yusof
Sadiq M. Jamil sebagai Nazir
Duerra Mitilda sebagai Kimie
Farihi Narnia sebagai Rauf
Nasir Khan sebagai Wafi
Heidi Nur Aleesya sebagai Amelia kecil
Intan Ladyana
Azhar Sulaiman
EJ Lee
Rusdi Ramli
Sham Visa
Sinopsis Puteri Kelas Atas
Kisah seorang puteri yang terperangkap antara dunia bangsawan dan realiti kehidupan remaja biasa. Tunku Amelia (Emma Sofea), seorang puteri diraja yang dihantar secara rahsia ke sebuah sekolah berasrama penuh selepas satu pertelingkahan besar dengan ayahandanya. Meskipun ia kedengaran seperti hukuman, Amelia menyambut peluang ini sebagai permulaan baharu - peluang untuk melepaskan diri daripada belenggu protokol istana dan tekanan menjadi pewaris darah bangsawan. Namun, impiannya untuk menjalani kehidupan biasa sebagai remaja biasa ternyata tidak semudah yang disangkakan. Kehidupan di Sekolah Berasrama Berlian menguji kesabarannya - dari peraturan sekolah yang ketat hingga suasana asrama yang asing dan bising.