Drama Putri & Phrince (Viu)

Putri & Phrince

Nantikan drama 'Putri & Phrince' akan ditayangkan di plafform Viu bermula 21 Ogos 2025. Drama arahan arahan Liyana Jasmay ini menampilkan gandingan Nesa Idrus dan Badron Munirah sebagai pelakon utama.

Putri & Phrince

Episod: 12
Tarikh Tayangan: 21 Ogos 2025
Waktu Siaran: Khamis & Jumaat, 12pm
Platform Penstriman: Viu
Skrip: Farah Bani, Faten Syamimie, Intan Suzana
Pengarah: Liyana Jasmay
Produksi: Mermaid Studios Sdn Bhd

Watak Pelakon
Nesa Idrus sebagai Putri
Badron Munirah sebagai Phrince
Fara Nadiah sebagai Erica
Khayrisyah Kemal sebagai Lola
Adriana Adnan sebagai Cik Aisha
Nik Rifaie sebagai Aidil
Farihi Narnia sebagai Hud
Marsha Biddulph sebagai Betty
Aaliyah Natasha sebagai Sophea

Lagu
Tajuk: I Got Dat Wow
Penyanyi: Mkada 
Komposer & Lirik: Roy Yarom


Sinopsis Putri And Phrince

Mengisahkan Putri Jasmine Dzulkarnain (Nesa Idrus), seorang pelajar yang sering menjadi mangsa buli oleh pelajar popular Erica Dato’ Harris (Fara Nadiah) di sekolah elit, Institut Kasturi. Untuk melawan, Putri mencipta akaun rahsia di media sosial dengan identiti @KarmaKween, yang bertujuan membongkar sisi gelap pelajar-pelajar elit sekolah itu.

Namun, populariti yang dikecapinya membawa kesan besar apabila setiap rahsia yang dibongkar mula mengundang bahaya, terutamanya bila muncul watak Aidil (Nik Rifaie), seorang pelajar berprinsip yang mampu mengubah keadaan dengan agendanya sendiri.