Kari Kumari (TV2)

Kari Kumari

Saksikan telefilem Kari Kumari arahan Zizan Nin pada Isnin, 1 September, pukul 9 malam di TV2.

Kari Kumari

Waktu Siaran: Isnin, 1 September 2025, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Azal Ezreen
Pengarah: Zizan Nin
Produksi: RD Pictures Sdn Bhd
Pelakon: Wanns Ahmad, Pashini Kesavan, Kuna Muzani, Anne Abdullah, Gusion Lal, Sugar Sugus

Sinopsis Kari Kumari

Mengisahkan Kumari, seorang gadis kampung yang nekad berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja namun kecewa kerana gagal dalam temuduga itu. Kumari kebetulan berjumpa Kak Saleha, seorang peniaga kedai makanan dan dia mula bekerja dengannya. Kumari yang memang mahir memasak kari yang sedap berjaya menarik ramai pelanggan dan membuatkan dirinya terkenal. Jijoe yang menyukai Kumari berhasrat untuk berkahwin dengannya namun emaknya, Kak Mun seperti tidak menyukai Kumari.