
Nantikan drama Thariq Ridzuwan: His Treasure adaptasi daripada novel karya Huda Najwa akan datang di slot DramaVaganza Astro Ria. Diterbitkan oleh MIG Production dan diarahkan oleh Eyra Rahman. Menampilkan Meerqeen dan Qasrina Karim selaku teraju utama.
Thariq Ridzuwan: His Treasure
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 23 Julai 2025
Waktu Siaran: Rabu - Khamis, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro One / sooka
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: MIG Production Sdn Bhd
Watak Pelakon
Meerqeen sebagai Thariq Ridzuwan
Qasrina Karim sebagai Husniya Radwa
Evertts Gomes sebagai Farez
Thompson Goh sebagai Kevin
Noki K-Clique sebagai Tengku Adrean
Afiq Hamidon sebagai Tengku Daniel
Edaman Othman sebagai Megat Hafiz
Darien Aeldra sebagai Haider
Nazia Mustafar sebagai Rozita
Sharifah Zarina sebagai Datin Tiana
Rashdan Baba sebagai Dato Tizz
Jay Iskandar sebagai Razi
Razzuan Rosli sebagai Lee
Nasuha Sulaiman sebagai Thalia
Hakimi Noordin sebagai Zafir
Mia Sarah sebagai Aina
Faa Zaini seabgai Maria
Sinopsis Thariq Ridzuwan: His Treasure
Thariq Ridzuwan, seorang tentera di bawah unit khas berpangkat leftenan. Sentiasa tenang dan positif dalam menghadapi semua masalah.
Siapa sangka, di sebalik wajah tenang seorang Thariq Ridzuwan, terselit seribu penyesalan dan rasa bersalah kepada seseorang.
Husniya Radwa, gadis dingin dan kasar. Dia juga suka memberontak dan keras kepala. Sebagai salah seorang penghidap anxiety dan depression, hidupnya tidak mudah. Di saat orang lain mendapat sokongan keluarga, dia hanya mampu menumpang kasih sayang sahabat.
Kehadiran Thariq Ridzuwan ke dalam hidupnya semula setelah lima tahun berpisah membuatkan dia makin bercelaru. Jiwanya makin tidak tenang.
Tidak mudah menjalani hidup apabila dirinya sentiasa dipandang serong oleh orang sekeliling kerana sikap dinginnya.
Perkahwinan yang dibina sentiasa ditimpa dugaan dari orang sekeliling. Thariq dengan sikap tenangnya namun menyimpan satu rahsia besar. Husniya dengan penyakitnya dan sentiasa hilang kawalan. Campur tangan keluarga di dalam rumah tangga mereka merumitkan lagi keadaan.
Mampukah Thariq melindungi isterinya daripada orang yang ingin menjatuhkan wanita itu? Dapatkah dia mempertahankan perkahwinan mereka? Atau ia akan berakhir di pertengahan jalan.