Thariq Ridzuwan: His Treasure

Thariq Ridzuwan His Treasure

Nantikan drama bersiri terbaru di slot DramaVaganza 'Thariq Ridzuwan: His Treasure' diadaptasi daripada novel karya Huda Najwa. Drama arahan Eyra Rahman dan diterbitkan oleh MIG Production. Dibintangi oleh Meerqeen, Qasrina Karim, Evertts Gomes, Noki K-Clique dan ramai lagi. Saksikan Thariq Ridzuwan mulai 23 Julai 2025 ini setiap Rabu dan Khamis jam 9 malam di Astro Ria atau strim di Astro GO dan sooka.

Thariq Ridzuwan: His Treasure

Episod: 16
Tarikh Tayangan: 23 Julai 2025
Waktu Siaran: Rabu - Khamis, 9:00 malam
Saluran: Astro Ria 
Platform Penstriman: Astro GO / sooka
Penulis Novel: Huda Najwa
Pengarah: Eyra Rahman
Produksi: MIG Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Meerqeen sebagai Thariq Ridzuwan
Qasrina Karim sebagai Husniya Radwa
Evertts Gomes sebagai Farez
Noki K-Clique sebagai Tengku Adrean
Afiq Hamidon sebagai Tengku Daniel
Darien Aeldra sebagai Haider
Edaman Othman sebagai Megat Hafiz
Thompson Goh sebagai Kevin
Nasuha Sulaiman sebagai Thalia
Ezlisa Loy sebagai Dahlia
Ibad Yaala sebagai Emir Aiman
Mia Sara Shauki sebagai Aina
Alicia Amin sebagai Anita
Syafiq Irfan sebagai Shafiq
Nazia Mustafar sebagai Rozita
Myra Afrina sebagai Husziya Raudhah
Reen Rahim sebagai Husnifa Ridha
Manan Sulaiman sebagai Husaini
Sharifah Zarina sebagai Datin Tiana
Rashdan Baba sebagai Dato Tizz Razif
Hakimi Nordin sebagai Zafir
Rashidah Jaafar sebagai Rosyida 
Dai Fuad sebagai Adib
Jay Iskandar sebagai Razi
Razzuan Rosli sebagai Lee

Lagu Tema (OST)
P Ramlee Saloma - ALPHA
Alangkah - Hael Husaini

Sinopsis Thariq Ridzuwan His Treasure

Thariq, seorang ejen elit, sanggup mempertaruhkan segalanya demi menyelamatkan Radwa, bekas kekasihnya yang dipaksa berkahwin oleh ibunya sendiri. Mereka akhirnya bersatu namun hubungan mereka diuji dengan cemburu, trauma silam, tekanan keluarga dan tragedi yang hampir meragut segalanya. Saat Radwa disahkan hamil, harapan kembali menyinar tetapi kemunculan lelaki misteri dari masa lalunya sekali lagi menguji cinta mereka. Dalam perjuangan melawan masa silam dan ancaman baharu, Thariq dan Radwa berpegang pada cinta demi melindungi keluarga mereka.