Susu Lima Kupang (TV3)

Susu Lima Kupang

Saksikan telefilem Susu Lima Kupang arahan Janna Nick bakal mengisi slot Cerekarama TV3 pada Sabtu, 19 Julai 2025, jam 10 malam. Naskhah ini merupakan sebahagian daripada projek istimewa TV3 “Dari Layar Ke Lensa” yang memberi ruang kepada empat pelakon terkenal Siti Saleha, Fattah Amin, Zahiril Adzim dan Janna Nick sebagai pengarah untuk melahirkan karya dari perspektif mereka sendiri.

Susu Lima Kupang

Waktu Siaran: Sabtu, 19 Julai 2025, 10:00 malam
Rangkaian: Cerekarama TV3 / Tonton
Idea Asal: Janna Nick
Pengarah: Janna Nick
Produksi: Anomalous Films
Pelakon: Trisha Ooi, Aiman Badrul, Farah Ahmad, Zulkifli Ismail

Sinopsis Susu Lima Kupang

Mengisahkan Zakaria (Aiman Badrul), seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang hidup dalam serba kekurangan bersama ibunya yang autistik (Trisha Ooi) dan neneknya (Farah Ahmad). Dibuli kerana tiada ayah dan hidup terpencil, Zakaria menemukan keselesaan dalam persahabatannya dengan seekor kambing bunting yang dinamakannya Maryam.

Namun apabila Maryam secara tidak sengaja merosakkan radio kesayangan ibunya dan menyebabkan gangguan emosi, Zakaria nekad mencari jalan untuk menggantikannya. Dari situlah tercetus ideanya untuk menjual susu kambing, simbol kasih sayang dan harapan seorang anak kecil yang mahu melihat ibunya tersenyum kembali.