Filem Impak Maksima 2

Impak Maksima 2

Nantikan filem Impak Maksima 2arahan Dr Ahmad Idham bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 17 Julai 2025.

Impak Maksima 2

Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 17 Julai 2025
Penulis Skrip: Dr. Ahmad Idham
Pengarah: Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri
Produksi: Screen Studio Sdn Bhd

Watak Pelakon
Arfie Shah sebagai Rudy
Nelissa Nizam sebagai Gia
Zul Huzaimy Marzuki sebagai Ray
Eizlan Yusof sebagai Joe
Muhsin Nadzli sebagai Rio
Dynas Mokhtar sebagai Maria
Fad Bocey sebagai Naim
Khenobu sebagai Kachi
Riena Amirah 
Riezman Khuzaimi 
Opei Zami 
Man Raja Lawak 
 

Sinopsis Impak Maksima 2

Rudy, seorang pemuda yang pernah terlibat dalam aktiviti lumba haram dan dikenali pihak berkuasa. Rudy kemudian dibawa masuk ke pusat latihan permotoran APDCREW Circuit milik Joe, atas sokongan Asisten Superintendan Maria (Dynas Mokhtar), kenalan lama yang mahu melihat perubahan dalam diri anak muda itu.

Rudy berkawan dengan Rio dan Gia, tetapi persahabatan mereka bertukar menjadi persaingan apabila Rio mencabar Rudy untuk berlumba. Sementara itu, Ray memanipulasi Rudy untuk bertanding dalam Pertandingan Drift D1 untuk membalas dendam terhadap Abang Joe. Adakah Rudy akan muncul sebagai pemenang?