Drama Dorm 403 (TV3)

Dorm 403

Nantikan drama Dorm 403 akan mengisi slot Samarinda, TV3 bermula pada 15 April 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam dan turut boleh distrim di aplikasi iQIYI satu jam selepas siaran TV3. Drama arahan Raja Mukhriz ini mengangkat kisah remaja yang penuh tekanan, konflik dan rahsia yang semakin meruncing dalam kalangan pelajar.
 

Dorm 403

Episod: 13
Tarikh Tayangan: 15 April 2026
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10.00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Shah Rizal Mashur
Pengarah: Raja Mukhriz
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd

Watak Pelakon
Muaz Zabir sebagai Fuza (Kuyu)
Evertts Gomes sebagai Mohd Hariz
Nik Rifaie sebagai Megat
Zairi Aziz sebagai Sheikh
Gbril sebagai Anas Rizwan (Huq)
Puteri Aleeya sebagai Nur Alisha
Dynas Mokhtar sebagai Puan Asma
Noki sebagai Cikgu Hadid
Muhsin Nadzli sebagai Payan
Shereena sebagai Qistina
Adam Ikmal sebagai Abeng

Sinopsis Dorm 403

Mengangkat kisah kehidupan para pelajar di Sekolah Menengah Seri Alami, sebuah sekolah berasrama penuh yang digemparkan dengan kehilangan misteri seorang pelajar, Sheikh, yang juga anak kepada pengetua sekolah, Puan Asma. Apa yang pada awalnya dilihat sebagai kisah biasa remaja, termasuk persahabatan, cinta dan konflik harian, akhirnya bertukar menjadi sebuah tragedi yang membuka lembaran rahsia gelap yang sekian lama tersembunyi.