Drama Si Bakhil dengan Bunganya

Si Bakhil dengan Bunganya

Nantikan drama adaptasi novel Si Bakhil dengan Bunganya karya Liza Nur. Drama ini diarahkan oleh Hadith Omar terbitan Global Station dan. Dibintangi oleh Yusuf Bahrin dan Alya Iman. Saksikan Si Bakhil dengan Bunganya bermula 28 Mei 2025, setiap Rabu hingga Khamis jam 9 malam di Astro Ria. Juga boleh ditonton melalui Astro One dan sooka.

Si Bakhil dengan Bunganya

Episod: 16
Tarikh Tayangan: 28 Mei 2025
Waktu Siaran: Rabu - Khamis, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Ria / Astro One / sooka
Penulis Novel: Liza Nur
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: Global Station Sdn Bhd

Watak Pelakon
Yusuf Bahrin sebagai Baqi
Alya Iman sebagai Kekwa
Arfie Shah
Auni Yusri
Kodi Rasheed
Malle Christian
Rusdi Ramli
Fahmy Reza
Zarynn Min
Roy Azman
Sharifah Shahora
Raja Azmi
Rafique Iskandar
Heidi Nur Aeesya

Sinopsis Si Bakhil dengan Bunganya

Takdir menemukan seorang jejaka bersifat bakhil, Baqi dengan Kekwa, seorang gadis ‘kekwat’, di bumi asing dalam kehidupan yang ralat untuk mereka tempuhi sendiri. Lantas mereka mencipta hubungan aneh yakni sahabat yang saling mempergunakan demi kepentingan diri masing-masing. Baqi hidup bertunjangkan misi untuk membalas dendam terhadap ayah saudaranya, Abu Jalal.

Kekwa pula ada kisah hitam dan dendamnya yang tersendiri terhadap ibu tiri dan ayahnya. Baqi disuruh menggoda adik sepupu Kekwa, Orked untuk menghuru-harakan hubungannya dengan tunangnya, Uwais. Sebagai balasan, Kekwa pula bersetuju berlakon menjadi kekasih Baqi dan mengikutnya pulang ke ladang kelapa sawit untuk berperang dengan Abu Jalal.

Tanpa mereka sedari, dalam misi membalas dendam, mereka saling terjatuh hati antara satu sama lain. Bermulalah adegan gila menafikan gelodak di jiwa masing-masing. Kekwa yang takut untuk kehilangan lagi tidak ampuh menerima Baqi. Baqi pula terjerat antara rasa suka dan misinya. Saat nyawa jadi taruhan, perhubungan mereka terus teruji.