Drama Nikmat Hanya Sesaat (TV3)

Nikmat Hanya Sesaat

Nantikan drama bersiri 'Nikmat Hanya Sesaat' akan mula bersiaran di Slot Samarinda TV3 mulai 8 Mei 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Diterbitkan oleh Art Ornament dan diarahkan oleh Izuan Mokhtar. Menampilkan gandingan pelakon utama iaitu Mawar Rashid, Fadlan Hazim, Sherry Ibrahim dan Arash Mohd. Strim episod baru 24 jam lebih awal di Tonton www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store.

Nikmat Hanya Sesaat

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 8 Mei 2025
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Amin Shakib, Azril Hamzah, Raja Azidah, Shida Zali
Pengarah: Izuan Mokhtar
Produksi: Art Ornament Sdn Bhd

Watak Pelakon
Mawar Rashid sebagai Sara
Fadlan Hazim sebagai Zafrul
Sherry Ibrahim sebagai Julia
Arash Mohd sebagai Nasir
Lisdawati sebagai Yati
Shasha Abedul sebagai Bella
Danish Hazriq sebagai Remy
Mutalib Mubin sebagai Johnny
Ady Mohammad sebagai Daniel
Raden Zaharatul sebagai Rita
Azman Jantan sebagai Johan
Dayana Roza sebagai Yasmin
Mas Anizan sebagai Mahani
Raja Azmi sebagai Maryam
Mak Wan sebagai Kak Esah
Azhar Amir sebagai Datuk Malik
Liyana Yusuf sebagai Datin Zakiah
Siew Eng sebagai Michelle 
Alyyn Tenchen sebagai Mahani 

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Jika Masih Ada
Penyanyi: Erra Fazira & Hady Mirza
Komposer & Lirik: Hafiz Hamidun

Sinopsis Nikmat Hanya Sesaat

Kisah Sara (Mawar Rashid), seorang wanita yang menanggung beban rahsia gelap, menjadi pelacur kelas atasan demi menampung keluarga selepas pemergian bapanya. Walaupun hidupnya mewah hasil “bimbingan” Johny (Mutalib Mubin), jiwanya tetap kosong, gelap, dan terperangkap.

Takdir mempertemukan Sara semula dengan Zafrul (Fadlan Hazim), cinta pertamanya, yang kini telah menjadi suami kepada Julia (Sherry Ibrahim). Di sinilah konflik besar bermula, Zafrul tidak tahu apa yang berlaku dalam hidup Sara, manakala Sara pula tersepit mahu menghidupkan kembali cinta lama atau melepaskan segalanya demi mencari kedamaian sebenar.

Nikmat Hanya Sesaat