
Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie 2 bakal ditayangkan di pawagam pada 22 Mei 2025. Filem ini diterbitkan oleh WAU Animation dengan kerjasama Primeworks Studios dan Komet Productions.
Ejen Ali The Movie 2
Genre: Animasi
Tarikh Tayangan: 22 Mei 2025
Pengarah: Usamah Zaid
Produksi: Wau Animation
Pelakon Suara
Ida Rahayu sebagai Ali Ghazali / Comot / Satria
Noorhayati Maslini sebagai Alicia/ Kid 2
Shafiq Isa sebagai Bakar / Ganz / Razman / Rajesh / News Anchor/ Pirate #2
Azman Zulkiply sebagai Rizwan / General Rama
Lagu Tema (OST)
Penjuara - Hael Husaini
Hanya Kamu - M. Nasir
Teman Sejati - Nidji
Sinopsis Ejen Ali The Movie 2
Ali diberi tanggungjawab besar untuk mengendalikan Projek Satria, dengan objektif untuk melahirkan generasi baru ejen MATA yang mampu menggabungkan skil kesemua empat Teras MATA; Tekno, Neuro, Inviso dan Kombat.
Satria merupakan sut berperisai dinamik yang dilengkapi data corak pertempuran ejen-ejen terhebat MATA serta boleh berubah suai menggunakan teknologi ferrofluid untuk membentuk senjata khas mengikut keperluan misi. Sut teknologi canggih berasaskan AI ini dicipta khusus untuk mengoptimumkan keupayaan fizikal dan mental ejen-ejen MATA dalam operasi sulit.
Alicia sebagai seorang ejen MATA telah diberi peranan baru sebagai pemakai IRIS selepas Ali. Adakah pertukaran tangan IRIS ini mungkin akan menguji dinamik persahabatan antara mereka berdua?
Konflik memuncak pabila Neonimus, seorang penggodam misteri, muncul semula untuk menggugat kestabilan bandar Cyberaya.
Agenda Neonimus kelihatan seperti serangan peribadi terhadap Ali, namun identiti dan motif sebenar Neonimus masih samar. Siapa sebenar dalang di sebalik ancaman baru kali ini?
Muncul pula Rizwan, bekas ejen MATA bersama dua penjahat Dos dan Trez, watak-watak antagonis yang dahulunya pengikut setia Uno. Adakah Rizwan yang selama ini menyokong Ali dari jauh kini pula berpaling tadah untuk menjatuhkan MATA demi dendam lama?
Bagi mengukuhkan pertahanan Cyberaya, agensi rahsia MATA memperkenalkan barisan Ketua Teras baharu iaitu Ejen Amir (Neuro) dan Ejen Elle (Inviso), disokong oleh pemimpin berpengalaman seperti Ejen Dayang (Tekno) dan Ejen Ganz (Kombat). Perubahan besar dalam kepimpinan ini secara tidak langsung membuka peluang untuk Neonimus mengambil kesempatan menyerang kota futuristik ini.