Cinta Yang Menakluki

Cinta Yang Menakluki

Saksikan telefilem sempena ‘Hari Ibu’ berjudul 'Cinta Yang Menakluki' akan disiarkan pada Ahad, 11 Mei 2025, 9:30 malam di RTM TV Okey.

Cinta Yang Menakluki

Waktu Siaran: Ahad, 11 Mei 2025, 9:30 malam
Rangkaian: TV Okey/ RTMKlik
Idea Asal: Datuk M. Razlan Ismail
Penulis Skrip: Muzzamer Rahman
Pengarah: Datuk M. Razlan Ismail
Produksi: Dream At Work Sdn Bhd
Pelakon: Fauziah Ahmad Daud, Rahim Jailani, Nadia Brian, Jay Iswazir, Qisha Hairulzain, Hawra Jamalullail

Lagu: Dulu, Kini dan Akhirnya - Marsha Milan

Sinopsis Cinta Yang Menakluki

Kisah Mak Jah dan Pak Hamid yang tinggal di desa kecil Kuala Pilah. Mereka berdua sangat disenangi, dan popular kerana air tangan Mak Jah yang sentiasa menjadi kegemaran penduduk kampung. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Amira, jururawat terlatih di sebuah hospital swasta. Amira juga telah berkahwin dengan Halim, yang juga seorang arkitek.

Amira dan Halim memiliki dua orang anak, iaitu Nurul Nuha dan Nurul Hidayah. Mak Jah dan Pak Hamid menawarkan diri untuk menjaga kedua-dua cucunya dengan alasan takut mereka terabai kerana kesibukan Amira dan Halim bekerja. Walaupun berat hati, Amira dan Halim bersetuju memberikan anak-anak mereka kepada Mak Jah dan Pak Hamid untuk dijaga.

Masa berlalu, kasih sayang semakin erat dan utuh, kenangan yang dicipta semakin banyak bersama diantara atok, nenek dan cucu-cucu itu. Suatu hari, Amira dan Halim pulang ke kampung, memberi berita gembira tentang Amira dapat melanjutkan pelajarannya di United Kingdom. Berita ini mendapat tentangan daripada Mak Jah, kerana dia tahu bahawa cucu-cucunya, Nuha dan Hidayah juga akan dibawa ke sana.

Nuha dan Hidayah tidak mahu berpisah dengan nenek mereka. Maka bermulalah drama ai mata dimana Mak Jah terpaksa membuat cucu-cucu membencinya dan mengikut ayah dan ibu mereka ke luar negara. Lalu apakah kesudahannya?