Drama Haluan (TV2)

Haluan

Saksikan drama bersiri khas Ramadan berjudul 'Haluan' disiarkan sepanjang ramadan pada setiap hari pukul 6 petang di TV2.
 

Haluan

Episod: 30
Tarikh Tayangan: 1 Mac 2025
Waktu Siaran: Setiap Hari, 6:00 petang
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Wan Amin Wan Yahaya
Pengarah: Zul Arief Mohd Kharib
Produksi: KCP Studios Sdn Bhd

Watak Pelakon
Rusdi Ramli sebagai Ghaffar
Joyce Harn sebagai Irene
Arena Wan sebagai Lydia
Tuah Adzmi sebagai Danish
Dilla Ahmad sebagai Asmah
Zain Hamid sebagai Joe
Esma Daniel sebagai Dato Azhari
Dboy Hamdan sebagai Fauzak
Fikhree Bakar sebagai Bakar
Fiza Thomas sebagai Nabila
Den Maidin sebagai Rajesh
Meor Hashim Manap sebagai Dahlan

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Puisi Keras Seorang Lelaki
Penyanyi: Teman Lelaki
Komposer: Eidi Teman Lelak, Hafiz Teman Lelaki
Lirik: Hafiz Teman Lelaki

Sinopsis Haluan

Mengisahkan seorang pemandu bas Ghaffar yang dihukum penjara 10 tahun kerana bersalah atas kemalangan bas yang meragut nyawa 15 penumpang. Setelah dibebaskan Ghaffar menyesal dengan sepenuh hati dan ingin memohon maaf pada setiap penumpang yang terlibat. Dalam masa yang sama, Ghaffar berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan keluarganya. Berita pembebasan Ghaffar juga mendapat perhatian wartawan yang inginkan penjelasan bagi kemalangan tersebut.

Irene, seorang wartawan yang ditugaskan untuk membuat liputan kisah Ghaffar yang terlibat dalam tragedi kemalangan lalu telah menemui bukti bahawa nahas tersebut bukan semata mata disebabkan kecuaian Ghaffar dan cuba menyelongkar kembali kisah nahas tersebut.