Drama Honey Minta Maaf

Honey Minta Maaf

Nantikan drama komedi 'Honey Minta Maaf' akan disiarkan di Astro Ria pada bulan ramadan ini. Drama terbitan KL Motion Pictures diarahkan oleh Wan Alauddin Wan Zainuddin. Dibintangi oleh Anna Jobling, Hun Haqeem, Razak Ahmad, Rashidi Ishak, Anita Baharom dan ramai lagi. Saksikan Honey Minta Maaf bermula 2 Mac 2025, setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria. Juga boleh ditonton melalui Astro One dan sooka.

Honey Minta Maaf

Episod: 8
Tarikh Tayangan: 2 Mac 2025
Waktu Siaran: Ahad, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro One, sooka
Pengarah: Wan Alauddin Wan Zainuddin
Produksi: KL Motion Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon
Anna Jobling sebagai Honey
Hun Haqeem sebagai Hamid
Razak Ahmad sebagai Imam Hashim
Anita Baharom sebagai Cikgu Azreen
Badron Munirah sebagai Bing
Azwan Serigala sebagai Salleh
Kim Azzim sebagai Bashir
Asyiqeen Rozlan sebagai Surtik
Raymee Ghaffar sebagai Pak Ghaffar
Firman Uzair sebagai Rafah
Rashidi Ishak
Aloeng Silalahi
Lizart Rashid
Amanda Misbun
Syahir Shafein

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Joget Mantul
Penyanyi: Faizal Tahir

Sinopsis Honey Minta Maaf

Honey, anak perempuan Pak Imam yang telah lama terbuang dari kampung, kembali untuk membantu bapanya selepas dia kehilangan ingatan tanpa sebab yang jelas. Bersama dengan Hamid, watak baru yang misteri, ahli jawatankuasa surau dan seluruh komuniti kampung Pasir Mega, terpaksa memikirkan cara untuk meningkatkan kehadiran jemaah, bagi menyelamatkan surau tersebut dari ditutup oleh majlis daerah untuk pembinaan kompleks membeli belah. Berjayakah mereka?