Filem Khadam

Khadam

Saksikan filem seram 'Khadam' arahan Shamyl Othman mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 11 Jun 2026. Filem Khadam diterajui pelakon Indonesia, Aghniny Haque digandingkan bersama Datuk Remy Ishak dan Siti Khadijah Halim.

Khadam

Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 11 Jun 2026
Penulis Skrip: Fariza Azlina
Pengarah: Shamyl Othman
Produksi: Red Communications & Komet Productions

Watak Pelakon 
Aghniny Haque sebagai Melor
Datuk Remy Ishak sebagai Awang
Siti Khadijah Halim sebagai Manis
Jun Lojong sebagai Nek Mak
Zarra Zhaf sebagai Puteh
Karl El sebagai Hitam

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Tak Berlagu
Penyanyi: Ernie Zakri
Komposer: NJWA, Rendra Zawawi
Lirik: NJWA

Sinopsis Khadam

Melor (Aghniny Haque) terpaksa mewarisi saka keluarga selepas pemergian ibunya - entiti mistik yang menjelma sebagai versi dirinya yang lebih sempurna. Perlahan-lahan, saka itu mula mengambil alih peranannya sebagai isteri kepada Awang (Datuk Remy Ishak) dan ibu kepada anak-anaknya.

Berlatar belakangkan era 1950-an, Melor berhadapan dengan ancaman yang bukan sahaja fizikal, tetapi menghakis jiwa, apabila orang tersayang mula memilih "Melor" yang lain. Dikelilingi oleh bayangan yang semakin menguat, Melor perlu berjuang keras untuk mendapatkan semula kehidupan, keluarga, dan dirinya sendiri sebelum dia hilang sepenuhnya.

Video thumbnail