Drama Game Over Romeo

Game Over Romeo

Saksikan drama bersiri 'Game Over Romeo' adaptasi novel karya Illa Shanahila akan bersiaran bermula 7 Mac, Jumaat dan Sabtu, jam 6 petang di Salam HD saluran 113 Unifi TV.

Game Over Romeo

Episod: 13
Tarikh Tayangan: 7 Mac 2025
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 6:00 petang
Rangkaian: Salam HD (Unifi TV)
Penulis Novel: Illa Shanahila
Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan & Liza Ali
Pengarah: Zul Huzaimy
Produksi: A. Aida Production Sdn Bhd

Watak Pelakon
Ahmad Syafiq sebagai Black
Raden Zaharatul sebagai Tiya
Putra Amaris sebagai Firdaus
Lan Siro sebagai Kamal
Khalida Balqis sebagai Hany
Mejelyna sebagai Kay
Rusdi Ramli sebagai Dato Razak
Syah-mie Thsa’qeef Ariffin sebagai Tiger
Hafiz sebagai Botak
Daler Yusuf sebagai Ammar
Amir Mirza sebagai Azam

Sinopsis Game Over Romeo

Tiya pulang ke tanah air demi misi memburu Black, sang romeo a.k.a Love Scammer namun dia terjatuh cinta dengan Black yang juga sebenarnya diarah membunuh abangnya hingga terbongkar rahsia dan konflik keluarga yang penuh aksi.

Sinopsis Novel Game Over Romeo

Fatiya Adam, gadis manja yang menetap bersama bapa saudaranya di UK setelah kematian ibu dan bapanya. Apabila Hany, sepupunya ditipu lelaki dari Malaysia, Hany nekad meminta bantuan Fatiya.

Setelah berfikir panjang, akhirnya Fatiya bersetuju untuk pulang ke Malaysia dan tinggal bersama Firdaus, satu-satunya abang yang dia ada. Rancangan untuk hancurkan hati lelaki yang hanya dikenali dengan nama ‘Black’ itu belum lagi bermula namun Fatiya bingung bila wajah PA Firdaus sama dengan gambar ‘Black’ yang ditunjukkan padanya!

Peribadi Black yang sangat berlainan dengan apa yang diceritakan Hany itu membuatkan rancangan mereka hampir goyah.

Rancangan untuk pikat dan hancurkan hati Black dah jadi tunggang terbalik. Kenapa sekarang ini seolah-olah Black pula yang mengawal rentaknya? Dan tanpa fikirkan akibatnya, dia nekad memulakan satu permainan.

“Whoever falls in love first, loses!”- Fatiya

Permainan cinta mereka bermula. Dan saat itu, Fatiya langsung tak sangka yang permainan kecil yang dimulakannya mengundang satu permainan yang lebih bahaya. Permainan hidup dan mati! Dalam permainan yang dicipta, antara Black dan Fatiya siapa yang akan jadi juara?