Sinopsis Filem Telaga Suriram

Telaga Suriram

Nantikan filem seram bertajuk 'Telaga Suriram' arahan Osman Ali akan ditayangkan di pawagam bermula 1 Mei 2025. Menghimpunkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Maya Karin, Farid Kamil, Nabila Huda, Ellie Suriaty dan Scha Al-Yahya.

Telaga Suriram

Genre: Seram / Misteri
Tarikh Tayangan: 1 Mei 2025
Penulis Skrip: Osman Ali
Pengarah: Osman Ali
Produksi: Odissi Creative Sdn Bhd

Watak Pelakon
Maya Karin sebagai Rohaya
Nabila Huda sebagai Maimon
Scha Al-Yahya sebagai Karmila
Farid Kamil sebagai Zakir
Puteri Rafasya sebagai Suriram
Ellie Suriaty sebagai Mak Tijah
Fauzi Baadilla sebagai Sufian
Zack Zabhas sebagai Haji Muluk

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Sesal
Penyanyi: Dato Sri Siti Nurhaliza
Komposer & Lirik Nurzaidi Abd Rahman

Sinopsis Telaga Suriram

Mengisahkan tentang kejadian di sebuah kampung terpencil melibatkan insiden kehilangan seorang anak kecil bernama Suriram yang menjadi misteri.

Pelbagai cerita orang kampung tentang korban saka dan anasir mistik menjadi bualan hangat.

Rohaya (Maya Karin) dan Sopian terus berusaha mencari anak mereka yang hilang.

Seorang gadis bisu yang menjadi pengasuh Suriram iaitu Maimon (Nabila Huda) menjadi suspek utama pembunuh Suriram.

Zakir (Farid Kamil), bakal seorang pemimpin muda memperjuangkan keadilan buat Suriram dengan membantu seorang pegawai penyiasat bernama Karmila (Scha Al Yahya).

Mereka bersama-sama menyiasat dan memperjuangkan keadilan terhadap kematian Suriram.