Nantikan drama bersiri Dhia Kasyrani adaptasi daripada novel Adanya Dhia karya Sophilea akan mengisi slot Akasia TV3. Drama terbitan Tanah Beris Film Production diarahkan oleh Shuhaimi Lua. Menampilkan Ben Amir dan Rita Nadira sebagai pelakon utama.
Dhia Kasyrani
Episod: 24
Tarikh Tayangan: Oktober 2024
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3
Penulis Skrip: Sophilea, Azilah Wahab
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: Tanah Beris Film Production
Watak Pelakon
Rita Nadira sebagai Dhia Kasyrani
Ben Amir sebagai Cikgu Mursyid
Reen Rahim sebagai Kak Long Naila
Aida Khalida sebagai Nek Zahrah
Wanie Ooi sebagai Sabrina
Rahim Jailani sebagai Farhad
Ferth Jasni sebagai Ustaz Danial
Jihaa Sham sebagai Farhani
Muhsin Nadzli sebagai Faizul
Zaidi Omar
Lela Kadir
Wawa Azuwar
Eddy Syamin
Sinopsis Dhia Kasyrani
Raja Azri Mursyid, lelaki ini sukar diduga tindakannya. Entah apa sebab dia menerima Nadhia Kasyrani yang membencinya sebagai isteri. Bagi Nadhia, dia tidak perlukan sesiapa untuk menjaganya. Dia sudah cukup matang berdiri sendiri selepas kematian ibu bapanya.
“Aku tak perlukan sesiapa dalam hidup aku walaupun seorang suami, Asyid.” Angkuhnya bicara Nadhia. “Aku terima kau bukan kerana nafsu, harta atau kecantikan kau, Dhia.”-Mursyid.
Menerima Mursyid kerana hormat dan patuh pada bapa saudara yang menjaganya buatkan hati Nadhia memberontak. “Kau tengoklah apa aku nak buat bila kau dah jadi isteri aku.” Ugut Mursyid. “Kau ingat aku takut dengan kau.”
Saat selepas perkahwinan, bila Mursyid membawa Nadhia jauh dari kota besar ke tempatnya mengajar di satu sudut alam yang mendamaikan hati, Nadhia mula berubah. “Tempat ni cantik Dhia, sebab tu aku tak mahu berganjak dari sini. Tapi bila kau datang tempat ini jadi lebih indah.”
Mursyid cuba merubah jiwa Nadhia yang tandus seperti sahara kepada sebuah hati yang sejuk bagai glasier. “Dosa aku banyak pada kau, Asyid. Mungkin Allah dah temukan aku dengan jodoh yang paling sempurna.” "Aku sayang kau Dhia." Lafaz Mursyid dalam satu pelukan. Saat senyuman Mursyid dan Nadhia bersatu, saat jiwa dan hati mereka menyatu, cinta itu tetap ada dugaannya. Tetap sahaja ada rintangannya. Cinta itu milik kita dan akan tetap menjadi milik kita selamanya.