Filem Harimau Malaya : The Untold Journey

Harimau Malaya The Untold Journey

4ward Pictures Sdn. Bhd mempersembahkan filem yang mengangkat kisah pasukan bola sepak kebangsaan, 'Harimau Malaya : The Untold Journey' hasil arahan sutradara, Dato’ Afdlin Shauki yang akan mula ditayangkan di pawagam pada 15 Ogos 2024.

Harimau Malaya : The Untold Journey diinspirasikan daripada kisah di sebalik tabir Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada Januari 2022.

Harimau Malaya : The Untold Journey

Genre: Drama, Sukan, Sejarah
Tarikh Tayangan: 15 Ogos 2024
Skrip: Afdlin Shauki, Haris M.nor, Norsyiella Annuar, Shabromo
Pengarah: Afdlin Shauki
Produksi: 4ward Pictures Sdn. Bhd

Watak Pelakon 
Meerqeen sebagai Rashdan
Tony Eusoff sebagai Dato' Hamidin
Sophia Albarakbah sebagai Karina
Aiman Hakim Ridza sebagai Corbin
Amelia Henderson sebagai Inaya
Hazama sebagai Kasturi
Erra Fazira sebagai Datin Norliza
Aidil Aziz sebagai Taufik
Namron sebagai Aldi
Zain Hamid sebagai Datuk Karl
Douglas Lim sebagai Lionel
Kavin Jay sebagai T.S
Mia Sara sebagai Nasuha
Bell Ngasri sebagai Badar
Vanida Imran sebagai Maimon
Wanna Ali sebagai Najwa
Afdlin Shauki sebagai Roslan
Liyana Jasmay sebagai Ana
Nabil Zakaria sebagai Mickey

Sinopsis Harimau Malaya The Untold Journey

Mengisahkan kebangkitan semula Harimau Malaya selepas kemerosotan yang membawa kepada peletakan jawatan jurulatih Tan Cheng Hoe pada Januari 2022.

Kisah harimau malaya ini digerakkan melalui empat perspektif naratif iaitu dari sudut badan pengurusan skuad kebangsaan harimau malaya, ketua jurulatih Harimau Malaya, pemain dan ultras khususnya tiga rakan yang merupakan penyokong tegar Harimau Malaya. Mereka telah disenarai hitamkan daripada menghadiri perlawanan bola sepak di stadium selama setahun.

Empat perspektif ini akan bertembung pada perlawanan terakhir Kelayakan Piala Asia apabila skuad Harimau Malaya berdepan Bangladesh di mana mereka berjaya menewaskan Bangladesh dan layak ke Piala Asia selepas 42 tahun.