Filem Ngesot

Ngesot

Filem Ngesot hasil arahan Ayez Shaukat diilhamkan dari kisah benar mengenai seorang mangsa kemalangan yang jatuh gaung dan perlu 'survive' di dalam hutan. Saksikan Ngesot dipawagam seluruh negara mulai 9 Mei 2024.

Ngesot

Genre: Thriller
Tarikh Tayangan: 9 Mei 2024 
Cerita Asal: Nicholas Andrew
Pengarah: Ayez Shaukat
Produksi: Kash Pictures & Temasek Studios

Watak Pelakon
Zul Huzaimy sebagai Syazwan
Luqman Hafidz sebagai Acap
Sharifah Sakinah
Khir Rahman
Zakaria Zahid

Sinopsis Ngesot

Mengisahkan Syazwan, seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi, terpaksa berdepan kesukaran selepas dia mengalami kemalangan dan terjatuh ke dalam gaung. 

Rakan baik Syazwan iaitu Acap turut terlibat dalam kemalangan itu namun tidak dapat dikesan. Hanya suara yang kedengaran di segenap pelusuk hutan meminta pertolongan. Dalam keadaan yang teruk dan lumpuh, Syazwan terpaksa mengesot di dalam hutan untuk mencari Acap.

Syazwan terpaksa bertahan selama 4 hari tanpa bantuan perubatan, makan minum hanya berbekalkan pengalaman latihan sebagai askar membolehkan Syazwan terus "bertahan" mencari Acap dan jalan keluar.