Drama First Wives (Astro Originals)

First Wives

Astro Originals membawakan sebuah lagi drama premium terbaru iaitu First Wives. Drama premium terbaru ini menyelami naratif yang mengangkat persahabatan wanita yang bersatu untuk berdepan dengan pengkhianatan.Menggabungkan pelakon seperti  Mimi Lana, Melissa Campbell, Charles Roberts dan Malek Mccrone.

First Wives merupakan terbitan Astro Shaw dan produksi oleh Infinitus Productions. Sementara itu pengarahnya adalah Imri Nasution, penulis skrip oleh Catalina Mae Hubbard, Ilya Karnain, Luqman Sheikh Ghazali, Dee Dee Peter.

Siri premium Astro Originals, ‘First Wives’ akan mula bersiaran bermula 11 April 2025 setiap Jumaat, di On Demand, Astro Ultra/Ulti box dan Astro GO bermula 12 tengah malam, di Astro Citra (saluran 108) jam 9 malam. Atro Ria (saluran 104) setiap hari Isnin, jam 9 malam.

First Wives

Episod: 8
Tarikh Tayangan: 11 April 2025
Rangkaian: Astro Citra, Astro Ria, Astro GO, Sooka
Penulis Skrip: Catalina Mae Hubbard, Ilya Karnain, Luqman Sheikh Ghazali, Dee Peter
Pengarah: Imri Nasution
Produksi: Infinitus Films
Terbitan: Astro Shaw

Watak Pelakon
Mimi Lana sebagai Diyana
Melissa Campbell sebagai Michelle
Charles Roberts sebagai Roshan
Malek Mccrone sebagai Azzim
Andy Teh sebagai Toa Seng
Carmen Soo sebagai Amber
Sathisvaran sebagai Satya
Theebaan G sebagai Insp. Shahlen
Zeera Azizi sebagai Izzaty
Nina Juren sebagai Zuraidah
Medina Riffqa sebagai Arien
Phuah Ka Yao (Songbill) sebagai Ah Boy
Teoh Kai Zhi sebagai Ah Kit
Adam Mikael sebagai Daniel

Sinopsis First Wives

Mengisahkan tentang dua sahabat baik sejak kecil, Diyana dan Michelle, bergelut dengan perkahwinan masing-masing. Diyana mendapati suaminya, Azzim telah berkahwin secara rahsia dengan isteri kedua, manakala Michelle diancam oleh Ah Long selepas suaminya, Roshan menghabiskan semua simpanan mereka untuk berjudi.

Demi menyelamatkan nyawa sahabatnya dan membalas dendam, Diyana mencadangkan untuk mencuri wang dari perniagaan pasar raya milik Azzim, Azzimart, bagi melunaskan hutang Michelle. Namun, rancangan mereka gagal apabila mereka tertangkap. Rompakan yang gagal itu membongkar aktiviti pengubahan wang haram Azzim dan mencetuskan siasatan polis yang akhirnya mengancam nyawa mereka semua.

First Wives